Remaja tanpa lesen memandu terbabit nahas maut ditahan

May 7, 2022 · Isu semasa

Polis menahan remaja lelaki tanpa lesen memandu kereta yang menyebabkan kematian seorang pemotong rumput warga Myanmar dalam nahas di Sungai Petani, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata seorang lagi pemotong rumput cedera parah selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Pintasan Semeling, berhampiran Taman Malinja dekat Bedong.

Menurutnya mangsa yang maut itu lelaki dikenali sebagai Cinglowpa, 20, yang berasal dari Myanmar manakala rakan senegaranya Jamal Husson Fozol Haque, 33, patah bahu bahagian kanan.

“Sebelum kejadian kira-kira 11 pagi itu, Cinglowpa sedang berehat di bahu jalan manakala rakannya sedang duduk di atas motosikal jenis Honda Wave yang diparkir di situ selepas bekerja.

“Secara tiba-tiba, MPV jenis Perodua Alza yang dipandu laju remaja lelaki berusia 16 tahun telah hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok. MPV itu kemudian terus melanggar kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala remaja berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk proses bedah siasat dan mangsa yang cedera parah juga telah dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Remaja berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita berkaitan
Rogol remaja bawah umur, seorang inspektor didakwa di Sungai Petani
January 5, 2023· Isu semasa
Helikopter bawa staf KKM terhempas di Brinchang, 6 terselamat
October 26, 2022· Isu semasa
Anak bersama bapa ditahan simpan ganja 21.9kg bernilai RM52,500
September 3, 2022· Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
March 26, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
33 minit lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
2 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok