Remaja perempuan, penjawat awam antara 66 ditahan di pusat hiburan

June 11, 2022 · Isu semasa

Seramai 66 individu termasuk seorang penjawat awam dan seorang remaja perempuan bawah umur, ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini yang beroperasi melebihi had masa, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor ACP Mohd Afzanizam Yahaya berkata operasi khas yang dijalankan kira-kira jam 2 pagi itu, melibatkan lima pegawai dan 22 anggota JSJN bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Beliau berkata semua individu yang ditahan berumur dalam lingkungan 17 hingga 41 tahun, selain turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang mengaku sebagai pengurus premis terbabit.

“Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap 180 individu yang sedang berhibur dan hasil saringan awal air kencing mendapati 34 lelaki termasuk seorang penjawat awam yang berusia 29 tahun, serta 18 wanita termasuk remaja perempuan bawah umur didapati positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati premis berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang sah sehingga 30 Jun depan, namun didapati beroperasi melebihi had yang dibenarkan iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Afzanizam berkata 19 warga asing yang turut terlibat dalam tangkapan itu telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan, berikutan menyalah gunakan pas lawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan Negeri Johor 4/98 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Berita berkaitan
Penganggur terdengar ‘bisikan’ suruh tikam ibu
24 jam lalu· Isu semasa
Tiga sekeluarga termasuk wanita hamil dikhuatiri hilang di Baling
July 5, 2022· Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
2 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
38 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok