Remaja perempuan mengaku tidak salah bersubahat kes rogol pelajar

July 29, 2022 · Isu semasa

Seorang remaja perempuan hari ini (29 Julai) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas dua pertuduhan bersubahat melibatkan kes rogol secara individu dan beramai-ramai pertengahan bulan yang lalu.

Berdasarkan pertuduhan pertama, remaja itu didakwa bersubahat dengan Muhammad Azeem Abdul Rahman, 20; Mohamad Ariff Haikal Arapin, 21; dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sembilan bulan dengan cara membenarkan dan menyebabkan seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berumur 15 tahun 11 bulan dirogol yang mana kesalahan itu dilakukan atas sebab persubahatan tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di rumah beralamat tidak bernombor di Taman Dovenby, Sungai Siput, antara jam 1 hingga 2 pagi pada 14 Julai lalu yang mana kesalahan dibaca mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun sama yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun namun tidak melebihi 30 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, remaja perempuan itu didakwa bersubahat dengan Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, dengan cara membenarkan dan menyebabkan mangsa yang sama iaitu remaja perempuan berumur 15 tahun 11 bulan, dirogol yang mana kesalahan rogol itu dilakukan atas sebab-sebab persubahatan tertuduh.

Perbuatan itu pula dilakukan di sebuah rumah di Kampung Pulau Mentimun, Sungai Siput antara jam 1 pagi hingga 2 pagi pada 17 Julai lalu.

Oleh yang demikian bagi kertas pertuduhan kedua itu, ia dibaca mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun sama yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan, dengan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Muhamad. Tertuduh diwakili dua peguam, Navin Punj dan Mahajoth Singh.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh namun mahkamah kemudiannya membenarkan dia diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan selepas mendengar rayuan pihak pembelaan.

Majistret menetapkan 5 Ogos untuk sebutan semula kes selain turut memerintahkan agar tertuduh tidak boleh mengganggu saksi kes serta perlu melapor diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali.

Terdahulu, tertuduh dibawa menaiki van polis pagi tadi ke perkarangan Mahkamah Kuala Kangsar bersama empat tertuduh lelaki yang bersangkutan dengan kes rogol terbabit.

Navin ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding selesai berkata, empat tertuduh lelaki kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh untuk dituduh pada petang ini memandangkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar sedang dalam tempoh cuti.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard
December 27, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Datuk, rakan naik helikopter KL-Segamat untuk nikmati durian
June 28, 2022
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok