Remaja pengsan selepas vaksinasi sebab gementar, kurang tidur

October 1, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNMelaka) mengesahkan seorang remaja pengsan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam bukan kesan sampingan daripada vaksin yang diberikan.

Siasatan mendapati remaja berusia 12 tahun itu tidak sedarkan diri secara tiba-tiba disebabkan gementar, kurang tidur dan tidak mengambil sarapan sebelum menerima vaksin.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Rusdi Abd Rahman berkata remaja berkenaan dari sebuah sekolah rendah di Melaka hadir secara walk-in bersama keluarganya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore di Klebang semalam.

“Semasa proses vaksinasi, remaja ini agak gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan yang dilihat sejurus selepas vaksinasi atau sepanjang tempoh pemerhatian.

“Namun begitu selepas sesi pemerhatian dan dalam perjalanan pulang di kawasan pakir kenderaan, remaja itu secara tiba-tiba lemah dan rebah sehingga perlu dipapah ahli keluarganya masuk semula ke PPV bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dr Rusdi berkata pemeriksaan pegawai perubatan mendapati keadaan remaja itu stabil di mana tekanan darah, nadi dan paras oksigen dalam darah adalah normal.

“Pemerhatian 30 minit oleh pasukan perubatan mendapati remaja berkenaan menunjukkan keadaan stabil dan dibenarkan pulang. Panggilan telefon susulan kepada keluarga selepas itu mendapati remaja berkenaan sihat dan aktif seperti sedia kala,” katanya.

Menurutnya siasatan lanjut mendapati remaja itu tidur lewat iaitu pada jam 2 pagi, selain tidak berselera dan makan sesudu nasi lemak pada pagi semalam.

Katanya, remaja terbabit tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, tidak pernah dimasukkan ke hospital atau mempunyai sebarang alahan sebelum ini.

“Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah akan terus memantau status kesihatan remaja ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penjaga atau ibu bapa yang akan membawa anak masing-masing untuk divaksinasi supaya memastikan mereka mendapat rehat mencukupi dan makan sebelum hadir di PPV.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir Melaka turun 170 orang, 2 sungai di paras bahaya
October 28, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Alor Gajah meningkat, ramalan Mat Maslan meleset
October 25, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
17 minit lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
45 minit lalu · Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
3 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
16 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok