Remaja meninggal di Sabah bukan kerana dos penggalak

February 14, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Sabah menafikan kematian seorang remaja yang tular di dalam kumpulan WhatApps adalah disebabkan pengambilan dos penggalak Cobid-19.

Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin berkata malah, ibu remaja berkenaan dan pihak hospital juga menafikan mangsa pernah mengambil dos penggalak.

Menurutnya, pesakit meninggal dunia pada 12 Februari lalu dan siasatan yag dijalankan mendapati isu yang ditularkan itu adalah palsu.

“Punca sebenar kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir yang semakin tenat dan bukannya disebabkan dos penggalak vaksin Covid-19 seperti yang didakwa.

“Keadaan pesakit telah diterangkan kepada ahli keluarga pesakit dan mereka menerima penerangan mengenai punca kematian dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan juga mendapati pesakit telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 31 Julai 2021 dan dos kedua pada 21 Ogos 2021.

“Ibu pesakit dan pihak Hospital Tuaran telah mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos vaksin penggalak,” katanya.

Dr Rose Nani berkata satu laporan polis telah dibuat ibu pesakit pad 13 Februari 2022 yang menafikan bahawa kematian anaknya adalah disebabkan dos penggalak vaksin Covid-19, dan beliau juga menafikan ahli keluarganya menularkan dalam aplikasi WhatsApps mengenai kematian anaknya disebabkan dos penggalak.

“Pihak Hospital Tuaran juga telah membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut mengenai penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi WhatsApps oleh individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa semua rakyat Sabah agar tidak menularkan berita palsu dalam mana-mana media sosial atau aplikasi lain yang bikan sahaja boleh mengelirukan orang ramai tetapi juga mengancam privasi pesakit.

Berita berkaitan
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023· Isu semasa
Menteri gesa pengguna buat aduan lengkap kenaikan harga beras
September 15, 2023· Isu semasa
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
30 minit lalu · Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
38 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
43 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
2 jam lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
37 minit lalu
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok