Remaja ditahan tipu sewa tapak bazar Ramadan, Aidilfitri

May 9, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam penipuan berkaitan sewaan tapak bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Stadium Bukit Jalil, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata suspek berusia 19 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras selepas keluarganya menyerahkan remaja berkenaan kepada polis di Balai Polis Gemas, Negeri Sembilan.

Beliau berkata suspek dipercayai telah memperdayakan lima mangsa setakat ini melalui pengiklanan sewaan tapak itu di media sosial sehingga melibatkan kerugian berjumlah RM11,300, lapor Bernama.

“Pada 30 Mac hingga 14 April lepas, JSJK menerima enam laporan polis berkenaan penipuan dalam urusan sewaan tapak bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Stadium Bukit Jalil. Dalam kes ini, mangsa dijanji akan memperolehi tapak dengan bayaran pendahuluan RM1,500 hingga RM2,700.

“Kesemua mereka menyedari ditipu selepas penganjur bazar itu mengesahkan bahawa Program Bazar Ramadan serta Festival Aidilfitri di Stadium Bukit Jalil tidak diteruskan, dan mereka tidak menerima wang pendahuluan oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Mahidisham berkata pemuda yang ditahan merupakan suspek utama dan pemilik akaun bank yang menerima transaksi pemindahan wang pendahuluan dalam kes ini.

“Suspek direman hingga 10 Mei untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Beliau seterusnya menasihati orang ramai yang ditipu berkaitan sewaan Tapak Bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Stadium Bukit Jalil supaya tampil membuat laporan atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Cheras ASP G. Janarthanan Nair dengan menelefon 012-5734374.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
June 7, 2023· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok