[KEMAS KINI] Covid mengganas, 8,290 kes baharu, 61 kematian

Data 28 Mei 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dalam tempoh 24 jam lalu sehingga 12 tengah hari tadi 8,290 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan, menjadikan kumulatif kes sebanyak 549,518.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Andullah berkata dalam tempoh itu juga 61 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 2,552.

Beliau berkata, sepanjang tempoh masa berkenaan juga 4,814 pesakit sembuh menjadikan keseluruhan kes sembuh kepada 474,139.

“Seramai 808 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 403 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, semua negeri kecuali Selangor, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan, mencatat peningkatan kes hari ini.

Bagaimanapun, Selangor kekal sebagai penyumbang terbanyak kes Covid-19 dengan mencatatkan 2,052 kes menjadikan kumulatif kes di negeri itu sebanyak 179,502.

Berdasarkan kes baharu hari ini, Johor mencatatkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 762 kes berbanding 549 kes yang direkodkan semalam, malah negeri itu juga belum pernah mencapai lebih 700 kes jangkitan dalam sehari.

Manakala, Kelantan juga mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 tertinggi setakat ini dengan 851 kes berbanding 754 yang direkod semalam.

Kes positif harian di Kedah juga meningkat lebih 100 apabila merekodkan 544 jangkitan baharu hari ini berbanding 441 kes semalam.

Negeri lain yang mencatatkan peningkatan ialah Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Pahang, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.

POPULAR
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Malaysia sedang bangunkan dua vaksin Covid-19 sendiriJune 12, 2021
Masjid tak ditutup, aktiviti hanya ditangguh, kata Mufti KelantanJune 13, 2021
Polis tahan lori bawa 48 pekerja kilang proses ayam positif Covid-19June 14, 2021
Tajuddin kena kompaun RM1,500 tak pakai pelitup mukaJune 9, 2021
PM yakin Kuala Lumpur capai imunisasi kelompok menjelang 31 OgosJune 13, 2021