Rekod baharu pemberian vaksin 521,923 semalam

Negara merekodkan jumlah tertinggi baharu pemberian vaksin harian apabila sebanyak 521,923 dos suntikan diberikan semalam.

Menurut data yang yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini, sebanyak 333,621 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 188,302 lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.

Data 26 Julai 2021

Jumlah pemberian dos vaksin Covid-19 tertinggi sebelum ini direkodkan pada 22 Julai 2021 dengan 507,050 suntikan, membabitkan 335,977 dos pertama dan 171,073 dos kedua.

Selangor merekodkan pemberian tertinggi membabitkan 130,187 penerima dengan 83,100 dos pertama dan 47,087 dos kedua, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 85,647 dos melibatkan 51,136 penerima dos pertama dan 34,511 melengkapkan dos kedua masing-masing.

Empat negeri lain yang merekodkan pemberian dos tertinggi semalam ialah Sarawak sebanyak 38,977 dos (8,409 pertama, 30,568 kedua); Johor 46,107 doa (41,719 pertama, 4,388 kedua); Pulau Pinang 27,673 dos (19,683 pertama, 7,990 kedua); dan Sabah 27,349 dos (25,779 pertama, 1,570 kedua).

Jumlah pemberian semalam juga menjadikan kini 17,839,476 dos suntikan telah diberikan di seluruh negara sejak program imunisasi Covid-19 dilancarkan secara rasmi pada Februari lalu.

Sehingga kini 12,131,329 individu menerima dos suntikan pertama, manakala 5,708,147 lagi melengkapkan dos kedua.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal negeri dan wilayah tertinggi menerima vaksin membabitkan 4,967,772 penerima dos pertama dan 1,737,352 dos kedua.

Sarawak turut mencatat pemberian vaksin tertinggi dengan 1,668,577 penerima dos pertama dan 1,171,172 dos kedua; dan Johor sebanyak 922,551 dos pertama dan 402,777 dos kedua.

Data 26 Julai 2021

BERITA BERKAIT
POPULAR