Rekod baharu 3,332 kes jangkitan dicatat

Pekerja kesihatan menjalankan ujian pengesanan Covid-19.

Kes jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan apabila sebanyak 3,332 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,083 kes diikuti Sarawak dengan 522 kes dan Kelantan 401 kes.

Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 359 kes; Johor (207); Pulau Pinang (158); Sabah (131); Negeri Sembilan (111); Kedah (105); Pahang (92); Perak (91); Melaka (43) ; Terengganu (19); Putrajaya (sembilan) dan Perlis (satu).

Labuan tidak merekodkan kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh berkenaan.