REE: Sanusi saman, tuntut Saifuddin minta maaf

August 7, 2023 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atas tuduhan memfitnah berhubung kenyataan yang menuduhnya terlibat dalam kecurian sumber nadir bumi (RER) di Kedah serta menyalahgunakan peruntukan.

Dalam saman yang difailkan oleh peguamnya itu, Muhammad Sanusi memetik dua contoh kenyataan berunsur fitnah dibuat Saifuddin pada 14 Julai dan 15 Julai, lapor MalaysiaNow.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga menuntut permohonan maaf secara terbuka disiarkan di beberapa media utama dengan syarat kata-kata permohonan maaf itu perlu diluluskan olehnya.

Antara kata-kata yang mesti disertakan ialah pengakuan Saifuddin bahawa tuduhannya bermotifkan politik dan direka untuk memusnahkan nama baiknya serta menegaskan Menteri Besar Kedah itu adalah seorang yang ‘berperibadi mulia, profesional dan telah mengurus negeri Kedah dengan baik sekali’.

Muhammad Sanusi juga menuntut Saifuddin memastikan semua video ucapan dan sidang media yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah itu diturunkan dalam tempoh 48 jam selepas keputusan mahkamah, dengan aku janji jelas beliau tidak akan mengulangi tuduhan itu dalam apa jua bentuk termasuk untuk tujuan satira, analogi atau sindiran.

Dalam tuntutannya, Muhammad Sanusi menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan pampasan kewangan.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri dan pemimpin barisan hadapan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam kempen untuk menjatuhkan pentadbiran Sanusi di Kedah pada PRN ini berulang kali menuduh Muhammad Sanusi terlibat dalam kecurian REE di Hutan Simpan Bukit Enggang.

Muhammad Sanusi sebelum ini berulang kali menafikan penglibatannya malah Ketua Pengarah Tanah Dan Lombong Kedah juga menafikan kes berkenaan ada kaitan dengan menteri besar.

Saifuddin juga menuduh Sanusi menyalahgunakan peruntukan bagi Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) sambil menambah bahawa pentadbiran negeri penuh dengan masalah tadbir urus dan pendapatan yang rendah.

“Kutipan hasil kecil kerana dia bermain politik, dia tak memerintah negeri,” kata Saifuddin.

Berita berkaitan
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Kau jadi menteri sebab Anwar sayang saja, kata Afif bidas Saifuddin Nasution
September 17, 2023· Politik
Zahid bebas kes rasuah, ini jawapan balas Saifuddin Nasution
September 4, 2023· Politik
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
15 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok