Rebat 100 peratus diberikan kepada 72,000 pelanggan TNB

December 27, 2021 · Isu semasa

Seramai 72,000 pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir diberikan rebat 100 peratus secara sekali sahaja (one-off) bagi bil elektrik Disember 2021.

Langkah segera Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu bagi menunjukkan rasa kebersamaan dengan rakyat yang juga pelanggannya, disamping membantu meringankan beban orang ramai yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekali gus ia adalah persetujuan bersama kerajaan bagi menyantuni mangsa banjir.

Kata beliau, warga kerja TNB juga adalah ahli komuniti dalam pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus sentiasa dapat merasai bersama perasaan rakyat yang juga pelanggan TNB.

“Pemberian rebat dan peruntukan yang disediakan sebelum ini mencerminkan nilai-nilai teras warga TNB termasuk keprihatinan, di samping rasa kebersamaannya dengan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut TNB, baru-baru ini ia telah mengumumkan peruntukan RM40 juta bagi tujuan kerja-kerja pemulihan di samping RM2 juta lagi dalam bentuk bantuan kewangan melalui Tabung Warga TNB Prihatin (TWTP).

Jelas syarikat utiliti itu, lebih 2,000 warga kerja TNB di seluruh Semenanjung berusaha memulihkan semula bekalan dan membantu mangsa banjir lebih-lebih lagi dalam proses pemulihan aset bekalan TNB (pencawang elektrik, kabel, tiang elektrik) yang terjejas akibat bencana tersebut.

Nilai keprihatinan warga kerja TNB turut mendorong syarikat utiliti itu menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman golongan B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka, kata Baharin.

“Langkah tersebut dalah satu daripada pendekatan untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat, sekali gus mencerminkan pula nilai mengutamakan pelanggan yang menjadi keutamaan TNB,” katanya

Dalam perkembangan berkaitan, Baharin turut memaklumkan sehingga pagi ini, lebih 90 peratus iaitu 1,973 daripada 2,110 aset bekalan elektrik TNB yang terjejas dan dihenti tugas sejak banjir melanda Sabtu lalu, telah dapat dipulihkan.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok