RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat

July 14, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) akan ditubuhkan, ia selaras bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan isu-isu berbangkit yang timbul hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

“Penubuhan RCI ini adalah wajar supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan dan perakuan sewajarnya dapat dikemukakan kepada kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan LTH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, penubuhan RCI juga adalah bagi memastikan satu siasatan dalaman yang telus dan amanah dapat dilaksanakan demi memastikan LTH telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam.

Ismail Sabri berkata antara terma RCI yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri adalah skop RCI akan tertumpu kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit LTH dari 2014 hingga 2020, tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini.

Katanya RCI juga akan menentukan sama ada terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan, selain mengemukakan laporan hasil semakan dan syor mengenai tindakan susulan kepada kerajaan, jika perlu, dalam tempoh tiga bulan.

Ismail Sabri berkata RCI juga akan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, jika mereka didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa tanpa menjejaskan apa-apa siasatan dan tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.

Jelasnya, perincian berhubung penubuhan RCI dari segi terma dan rujukan serta keanggotaannya akan diumumkan dalam masa terdekat dan Jabatan Perdana Menteri akan mengenal pasti senarai keahlian RCI dari kalangan pakar-pakar dalam bidang syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan.

Berita berkaitan
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
‘Datuk’ palsu dikesan polis dalam kes tipu RM1 juta
October 31, 2023· Isu semasa
Pengasas syarikat penerbangan, isteri dan anak direman empat hari
October 18, 2023· Isu semasa
Penyata Kewangan pada 2022 teratur dan kemas kini: Laporan Ketua Audit
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
12 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
12 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok