Rayuan saman cukai Najib dan anak didengar pada 21 Okt

September 17, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Oktober untuk mendengar permohonan rayuan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman ringkasan tuntutan saman cukai yang diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap kedua-dua mereka.

Najib dan anak sedang memohon untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan.

“Kami memohon penangguhan perintah penghakiman ringkasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan,” kata peguam Wee Yeong Kang yang mewakili kedua-dua mereka menurut laporan Bernama.

Permohonan tersebut dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman.

Wee menghadiri prosiding pengurusan kes sementara peguam kanan hasil, Muhammad Nabil Abdul Halim dan Siti Aisyah Yusoff @ Md Nasir mewakili LHDN.

Pada 9 September baru-baru ini, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN untuk membuat penghakiman ringkas terhadap Najib dan Nazifuddin yang masing-masing berdepan tuntutan tunggakan cukai berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Ia sekali gus membolehkan mahkamah memilih untuk memutuskan keputusan kes tanpa mendengar keterangan saksi.

Pada hari yang sama, panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai oleh Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil juga membenarkan permohonan penangguhan sementara yang dibawa oleh Najib dan Nazifuddin dengan syarat mereka berdua perlu mengemukakan permohonan notis penangguhan pada minggu ini.

Pada 6 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 sehingga 2017 berjumlah RM37.6 juta, selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman ringkas terhadapnya.

Najib pula perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) sehingga 4 Februari lalu iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat tarikh itu, jumlahnya menjadi RM1,738,804,204.16.

LHDN kini sedang menunggu proses kemuflisan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu dan anaknya dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berita berkaitan
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais ditangguh
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok