Rayuan Rosmah ditolak, keputusan kes rasuah solar ditetapkan 7 Julai

May 27, 2022 · Isu semasa

Rayuan dibuat oleh isteri Datuk Seri Najib Razak ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini.

Datin Seri Rosmah Mansor membuat rayuan sebelum ini berhubung kes rasuah projek solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak, namun ia ditolak dan keputusan akan disampaikan pada 7 Julai depan.

Rayuan dibuat tersebut sebelum ini bagi membatalkan pertuduhan kes rasuah berhubung projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan.

Panel hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menafikan permohonan Rosmah itu.

Dua lagi hakim ialah Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada 6 Disember lalu, Mahkamah Rayuan menafikan permohonan kedua Rosmah untuk membatalkan kes itu.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu, Saidi Abang Samsuddin.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di Nombor 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Berita berkaitan
Penganggur didakwa bunuh teman wanita berusia 16 tahun
July 4, 2022· Isu semasa
Pesuruhjaya Kehakiman larang pihak luar buat kenyataan kes rasuah Syed Saddiq
July 4, 2022· Isu semasa
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022· Politik
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Popular
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Baling bah: Muhyiddin arah Bersatu hantar bantuan segera
21 minit lalu · Isu semasa
Zahid sahkan kepada mahkamah perbelanjaan ketika di luar negara
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit susut berbanding dolar AS
2 jam lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
4 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
9 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok