Rayuan Rosmah cabar lantikan Sri Ram diputuskan pada 22 Jun

May 18, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan 22 Jun ini untuk menyampaikan keputusan rayuan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung permohonan semakan kehakimannya untuk mencabar pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah, yang mengetuai panel tiga hakim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Liew Horng Bin yang bertindak bagi pihak Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram yang dinamakan sebagai responden, menurut laporan Bernama.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak atas penghujahan yang komprehensif dan selepas berbincang, kami memerlukan lebih banyak masa untuk mempertimbangkan penghujahan yang dikemukakan dan juga kami perlu meneliti undang-undang dan rekod rayuan.

“Oleh itu, kami akan menyampaikan keputusan pada 22 Jun, 9 pagi di mahkamah,” kata Hanipah, yang bersidang bersama hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun.

Terdahulu sebelum mendengar hujahan, Hanipah berkata walaupun Sri Ram telah meninggal dunia, mahkamah mendapati perkara itu mengandungi isu langsung mengenai fiat (surat kebenaran) Sri Ram yang didakwa oleh perayu (Rosmah) sebagai tidak sah, tidak teratur dan defektif.

“Pada pandangan kami, kematiannya tidak akan menjejaskan rayuan. Saya percaya ia bukan akademik,” katanya.

Sri Ram meninggal dunia pada 29 Jan lepas kerana jangkitan paru-paru.

Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur tidak memberi kebenaran kepada isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.

Rosmah, 71, memfailkan permohonan itu pada 24 Jun lepas, menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.

Beliau memohon satu deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021, adalah tidak sah.

Selain itu, Rosmah memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 Nov 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum ini, Rosmah memohon untuk menggugurkan Sri Ram namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan kes rasuah beliau. Rayuannya berhubung perkara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Pada 1 Sept lepas, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Beliau telah memfailkan rayuan berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya dan kini bebas dengan jaminan sebanyak RM2 juta sementara menunggu pendengaran kesnya.

Mahkamah Rayuan menetapkan empat hari, dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu.

Terdahulu, Shamsul berhujah, perayu gagal mematuhi Perintah 53 kaedah 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan permohonan untuk semakan kehakiman hendaklah dibuat dengan segera dan dalam apa jua keadaan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh alasan untuk permohonan itu atau apabila keputusan itu mula-mula dimaklumkan kepadanya.

Beliau berkata had tiga bulan itu adalah peraturan yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pihak yang ingin membuat permohonan untuk semakan kehakiman.

“Perayu didakwa pada 15 Nov 2018 dan hanya memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 24 Jun 2022 , kelewatan selama tiga tahun tiga bulan dan 10 hari untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman. Oleh itu, kami memohon agar rayuan itu ditolak dengan kos,” tambahnya.

Akberdin berkata permohonan kebenaran difailkan dalam tempoh masa dan mahkamah perlu membenarkan permohonan itu serta menghantar semula perkara itu ke Mahkamah Tinggi untuk hujah substantif.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
1 jam lalu· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan Bersatu cabar tindakan SPRM beku dua akaun
October 30, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
2 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
24 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok