Rayuan Najib: Pendakwa kata ‘derma Arab’ satu penipuan

April 21, 2021 · Isu semasa

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram hari ini memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tindakan Datuk Seri Najib Razak mengembalikan sebahagian ‘derma Arab’ kononnya kepada pengirim tanpa sebarang penjelasan atau surat ucapan terima kasih menunjukkan derma Arab itu adalah satu penipuan.

Beliau berkata, jika itu adalah sumbangan daripada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud mengapa ia harus dikembalikan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tanore Finance Corp.

“Raja itu tidak pernah meminta wang itu dikembalikan. Malah, perayu (Najib) berkata wang itu didermakan oleh Raja Arab Saudi untuk memastikan Malaysia boleh menjadi model negara Islam yang stabil dan moden.

“Adalah ‘benar-benar pelik’ bagi Najib untuk memulangkan derma sebanyak RM2.6 bilion (US$620 juta) daripada Raja kepada sebuah syarikat.

“Ini adalah cubaan terdesak untuk menyokong kes pembelaan. Najib, dalam keterangannya, menyatakan ia adalah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang memintanya memulangkan duit itu kepada Tanore,” katanya seperti di laporkan Bernama, hari ini.

Sithambaram berkata, Najib telah memberi keterangan bahawa akan ada konotasi politik jika wang itu kekal dalam akaun peribadinya di AmBank.

“Yang Arif, tiada bukti bahawa raja telah memberikan wang ini. Ia adalah pembelaan terdesak.

“Jika saya memberikan anda derma dan anda memulangkannya, saya akan menganggapnya sebagai satu penghinaan kerana saya beri anda derma untuk tujuan yang baik.

“(Anda kata ia telah dikembalikan) Tetapi wang itu telah dipindahkan ke Tanore. Saya tidak tahu apakah kaitan Raja dengan syarikat itu,” katanya sambil menambah malah Kabinet tidak tahu mengenai derma itu.

Tambah Sithambaram penelitian rapi terhadap keterangan Najib menunjukkan terdapat keraguan jika kononnya pertemuan dengan Raja benar-benar berlaku dan sama ada Raja itu menjanjikan sokongan kewangan kepadanya.

“Najib hanya menyatakan bahawa Raja itu telah menjanjikan sokongan tetapi menjelaskan beliau hanya dimaklumkan oleh Low pada pertengahan tahun 2010 bahawa Raja itu telah bersetuju untuk memberikan sokongan kewangan,” katanya.

Sithambaram berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan CBT, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Pendengaran rayuan itu bersambung.

Berita berkaitan
Pengikut setia Najib dijemput ke mesyuarat MT ganti tempat Tajuddin
June 24, 2022· Politik
Puad tak mahu Menteri UMNO dipetik kes rasuah Zahid letak jawatan
June 24, 2022· Politik
Najib tak buat apa-apa berhubung pemindahan AS$700 juta 1MDB: Husni
June 22, 2022· Isu semasa
PM tak hadir Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel, Menteri Luar ganti
June 21, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
2 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok