Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan

August 18, 2022 · Isu semasa

Dalam kejadian yang tidak dijangka, peguam kanan Hisyam Teh Poh Teik menjelaskan bahawa beliau tidak akan memfailkan sebarang hujahan untuk membela Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan terakhir bekas perdana menteri itu terhadap sabitan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd.

Hisyam telah memohon untuk melepaskan dirinya sebagai peguam Najib pagi tadi (18 Ogos) jika Mahkamah Persekutuan enggan menangguhkan pendengaran rayuan terakhir.

Beliau bagaimanapun dihalang oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengingatkan peguam itu bahawa beliau mempunyai kewajipan terhadap anak guamnya selepas menerima pelantikan itu.

Pada sidang media kemudian, Hisyam Teh berkata beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil bahagian dalam prosiding rayuan semasa kerana dia tidak diberi masa, yang telah dimohonnya ke mahkamah dan dinafikan untuk membuat persiapan yang diperlukan bagi pembelaan Najib.

“Saya tidak nampak cara bermakna saya boleh bertindak dalam prosiding berkenaan kerana kami sebenarnya tidak bersedia.

“Dalam keadaan itu, saya tidak dapat memainkan peranan yang berkesan. Jadi, pada dasarnya, Datuk Seri (Najib) tidak mempunyai perwakilan undang-undang. Itu hujung pangkalnya,” katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman di Putrajaya pada sidang media bersama Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu dalam kenyataan berkenaan turut mengesahkan dia kini tidak diwakili peguam bela.

Seperti yang semua tahu, peguam saya tidak bersedia meneruskan kerana mereka tidak mempunyai masa secukupnya. Namun, mahkamah tidak membenarkan mereka menarik diri.

“Ini menyebabkan pembelaan saya tidak dapat dikemukakan dan hanya pendakwaan yang membuat hujah,” kata Najib.

Bagaimanapun, seorang ahli pasukan pendakwaan memaklumkan dalam rekod mahkamah, Najib masih mempunyai peguam malah Hisyam Teh turut berada di dalam mahkamah sepanjang masa.

“Cuma peguamnya enggan mengemukakan sebarang hujahan,” katanya.

Terdahulu memetik FMT, Hisyam Teh memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan “hujahan baharu” dalam rayuan itu, walaupun hujahan bertulis asal telah disediakan peguam Tan Sri Shafee Abdullah.

Ia susulan laporan berita awal mengatakan pihak pembelaan memilih untuk tidak berhujah dalam rayuan akhir Najib setelah dua permohonan mereka – memasukkan bukti baharu dan menangguhkan perbicaraan – ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau menyatakan pendirian pembelaan itu ketika perbicaraan disambung petang ini.

“Pada prosiding sebelah pagi apabila Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat) bertanya sama ada saya akan bersandarkan kepada hujahan di peringkat Mahkamah Rayuan dan saya menyatakan ‘ya’.

“Pada peringkat ini, saya mahu ia direkodkan bahawa saya berhasrat mengemukakan hujahan secara bertulis,” katanya dalam laporan berita lebih awal.

Berita berkaitan
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
May 29, 2023· Politik
Perbicaraan 1MDB tangguh, Najib cirit birit
May 9, 2023· Isu semasa
Perbicaraan penuh saman SRC terhadap Najib ditetapkan 2025
May 5, 2023· Isu semasa
Pengampunan Najib tidak boleh diterima akar umbi DAP, kata bekas MP Bangi
May 2, 2023· Politik
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok