Rayuan Najib dan anak dalam kes tunggakan cukai didengar pada 13 Mac

January 17, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Mac untuk mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan.

Najib dan anaknya merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memasukkan penghakiman terus itu bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.

Peguam Wee Yeong Kang, seorang daripada peguam yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Beliau berkata rayuan itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Prosiding pengurusan kes berhubung rayuan itu berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron.

Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib serta RM37.6 juta daripada Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.

Pada 10 Mei tahun lepas, mereka memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Rayuan Najib dan Nazifuddin akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan sembilan persoalan undang-undang.

Berita berkaitan
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
AS$30 juta masuk akaun Najib daripada syarikat samaran: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Rakyat sedang susah, tak sesuai perkenalkan semula cukai GST: Tun Faisal
September 14, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
19 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok