Rayuan mangsa banjir di Ipoh, minta bantuan baiki rumah

October 10, 2022 · Isu semasa

Mangsa banjir di beberapa daerah di Ipoh baru-baru ini merayu bantuan untuk membaiki rumah mereka yang rosak teruk akibat bencana baru-baru ini yang melanda.

Penduduk di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor, Ipoh menyifatkan banjir baru-baru ini terburuk pernah dialami mereka sejak 40 tahun menetap di situ dan memohon agar pihak berwajib untuk melihat kerosakan kediaman dialami mereka dan menghulurkan bantuan sepatutnya.

Selain kerosakan harta benda seperti barang elektrik dan pakaian, rumah mangsa banjir juga rosak kerana banjir yang naik sehingga ke bumbung rumah mereka.

Seorang peniaga Ahmad Firdaus Majid, 46, yang ditemui Bernama di sini berkata, mereka sekeluarga amat berterima kasih dengan bantuan ramai, namun apa yang amat diperlukan kini adalah bantuan bagi membaiki banyak kerosakan akibat banjir.

Seorang warga emas Marliah Nadi, 72, berkata selama lebih 40 tahun menetap di sini, dia tidak pernah mempunyai pengalaman berhadapan dengan banjir kilat yang serius sehinggakan banyak barang di rumah perlu dibuang, kerana kebanyakannya diperbuat daripada kayu yang mudah rosak akibat banjir.

“…. banyak terpaksa dibuang, hampir penuh satu lori. Peralatan elektrik seperti mesin basuh dan peti ais pula masih tidak dapat dipasang lagi kerana saya risau terkena renjatan elektrik,” katanya dipetik laporan Bernama.

Selasa lepas, puluhan penduduk kawasan berkenaan terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Klebang akibat banjir dan mereka hanya dapat kembali ke kediaman masing-masing dua hari kemudiaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Hujan lebat sejak malam tadi, Lembah Klang banjir
November 17, 2022· Isu semasa
Banjir kilat di Lembah Klang selepas hujan lebat semalam
November 17, 2022· Isu semasa
PPS sesak, 6 keluarga bina pondok untuk berteduh
November 16, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
6 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
9 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
16 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
18 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
10 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok