Rayuan komital terhadap Tommy ditarik balik keluarga arwah Adib

June 15, 2022 · Isu semasa

Rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang dikemukakan keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik balik.

Rayuan yang dibuat oleh bapa arwah, Mohd Kassim Abdul Hamid itu ditarik balik bagi tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan, namun ia tidak bermakna usaha untuk mencari keadilan bagi arwah tidak boleh diteruskan.

Jelas peguam cara mewakili Mohd Kassim, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates berkata tindakan itu sesekali tidak mengubah keputusan dan dapatan Mahkamah Koroner pada 27 September 2019 bahawa mangsa meninggal dunia kerana perbuatan jenayah.

Menurut kenyataan peguam itu, pendirian keluarga Allahyarham untuk menarik balik rayuan komital juga tidak bererti usaha mencari pembunuh arwah Muhammad Adib tidak boleh diteruskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang.

“Keluarga Allahyarham kemudiannya mengarahkan peguam cara untuk menarik balik rayuan yang masih berlangsung di Mahkamah Rayuan, berhubung permohonan mengkomitkan Tommy atas tuduhan menghina Mahkamah, kerana pihak keluarga tidak lagi mahu memanjangkan perkara ini.

“Susulan daripada arahan keluarga arwah Muhammad Adib agar rayuan bapa arwah ditarik balik, pihak peguam, melalui Tetuan Mohd Zubir Embong telah memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei 2022 untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

“Maka dengan itu, pihak keluarga arwah Muhammad Adib menganggap proses dan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap Tommy Thomas dan Jabatan Peguam Negara, selesai dan tamat di sini,” katanya.

Tambahnya, pihak keluarga Muhammad Adib turut berharap masyarakat dapat menerimanya, sekali gus membolehkan mereka memulakan kehidupan baharu.

Bagaimanapun, tegasnya, ia tidak sama sekali menggugat keputusan dan dapatan oleh Mahkamah Koroner yang mengesahkan bahawa Muhammad Adib mati akibat dipukul walaupun pembunuhnya tidak dapat ditemui sehingga hari ini.

Katanya, kematian Allahyarham turut disumbangkan oleh kegagalan pasukan PDRM dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal rusuhan.

“Alasan penghakiman setebal 52 halaman oleh Hakim Koroner itu tidak pernah diakas oleh mana-mana mahkamah yang lebih tinggi, dan dengan yang demikian itu, kekal sebagai dapatan fakta yang autoritatif.

“Perjuangan menuntut keadilan untuk seorang anggota kerajaan yang mati dibunuh ketika dalam bertugas menjaga keamanan juga boleh diteruskan oleh mana-mana masyarakat sivil, orang awam, serta badan-badan bukan kerajaan yang prihatin,” katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Berita berkaitan
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
KL banjir: 19 mangsa tinggal di Chow Kit dipindah ke PPS
October 11, 2023· Isu semasa
Hakim tarik diri dengar rayuan kes Najib saman Tommy Thomas
October 4, 2023· Isu semasa
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok