Rayuan kes SRC, “peluang” Najib pertahankan 307 alasan

April 5, 2021 · Isu semasa

Hari ini bermula prosiding rayuan Datuk Seri Najib Razak dan ini menjadi “peluang” yang perlu digunakan bekas perdana menteri itu dengan sebaiknya untuk mempertahankan 307 alasan dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan ini akan berakhir pada 22 April sebelum penghakiman penuh diputuskan untuk sama ada membebaskan Najib atau mengekalkan hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib ketika ini masih lagi Ahli Parlimen Pekan yang sah, bagaimanapun beliau tidak boleh memegang sebarang jawatan atau bertanding mana-mana jawatan dalam parti atau pertubuhan selagi hukuman di Mahkamah Tinggi masih kekal atau sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebaliknya.

Prosiding kali ini diakui bukan suatu yang mudah untuk Najib hadapi, ia boleh dianggap “peluang terakhir” untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dalam semua hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Sejauh mana rayuan ini penting untuk Najib adalah pasti sama beratnya beban yang dipikul ketika beliau menandatangani surat sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, kedua-dua pemimpin UMNO ini masih belum membuat penafian berhubung surat yang dihantar ke Istana Negara, malah semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini juga mereka mengunci mulut daripada membangkitkan isu tersebut.

Begitu berat risiko kedua-dua mereka ambil, bagaimanapun rancangan untuk mengugat kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bermula sejak Oktober tahun lalu itu gagal dan tidak menjadi kenyataan.

Rancangan itu menjadi sejarah terpahat dalam memori rakyat, ia juga akan menjadi sejarah penting buat UMNO apabila Presiden dan bekas perdana menteri membuat keputusan yang sukar dengan tindakan menyokong Anwar.

Untuk rekod, kes perbicaraan Najib adalah kali pertama berlaku dalam sejarah negara sejak kita merdeka apabila beliau dijatuhkan hukuman terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Pemerhati politik tidak menolak lanskap dan senario politik negara juga pasti berubah sama sekali, kini terpulang kepada Najib untuk menjelaskan 307 alasan yang akan digunakan dalam prosiding rayuan kesnya ini.

Sepatutnya rayuan ini didengar pada Februari, bagaimanapun ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Persiapan berhubung prosiding rayuan itu telah dijalankan sejak beberapa minggu yang lalu.

Media yang membuat liputan juga akan ditempatkan di bilik persidangan Istana Kehakiman dan prosiding dari Mahkamah Rayuan 3 akan dipancarkan secara terus ke bilik tersebut.

Dalam petisyen rayuan Najib, antara alasan diberikan adalah hakim terkhilaf apabila gagal memahami nilai keterangan dan gagal menyedari antara fakta yang dibuktikan dan sebaliknya, inferens yang perlu dibuat dan cadangan serta dakwaan yang tiada bukti.

Najib turut memberi alasan hakim terkhilaf apabila gagal memberi pertimbangan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah dalang sebenar dalam penyelewengan dana syarikat itu.

Selepas 12 hari berhujah, Mahkamah Rayuan mungkin akan menangguhkan prosiding ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian bagi menyampaikan keputusannya.

Semua mata pasti tertumpu kepada Najib, sekiranya bernasib baik Mahkamah Rayuan akan melepas dan membebaskannya daripada sabitan dan hukuman.

Tapi ia tidak bermakna Najib boleh menarik nafas lega kerana pihak pendakwaan masih boleh memfailkan rayuan bagi keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Hanya keputusan di peringkat Mahkamah Persekutuan sahaja yang boleh menentukan masa hadapan bekas Perdana Menteri itu.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok