Rayuan gugur Hakim ditarik balik Rosmah dalam kes pengubahan wang haram, cukai

March 10, 2023 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor menarik balik rayuan untuk menggugurkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan, kini Hakim Mahkamah Rayuan, daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Berdasarkan notis pemberhentian difailkan Tetuan Geethan Ram pada 1 Mac lalu, Rosmah selaku perayu menarik balik rayuan itu yang difailkan pada 29 April 2022, menurut laporan Bernama.

Berikutan itu, rayuan tersebut disifatkan telah ditolak sepertimana peruntukan Aturan 73 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.

Rayuan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijadualkan didengar pada 17 Mac ini.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent, yang mewakili Rosmah, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada November tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menangguhkan pendengaran kes itu dan meminta pembelaan serta pendakwaan memfailkan hujahan lanjut berhubung isu sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan tersebut.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan
Tuanku Abdul Halim di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 15 hari bermula 12 Mei ini untuk perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah.

Pada 1 Sept 2022, Mohamed Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta.

Beliau turut memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
15 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Johor turun kepada 8,650, 47 PPS masih beroperasi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok