Rayuan batal PRU-15 ditolak, hari pengundian diteruskan Sabtu ini

November 15, 2022 · Isu semasa

Hari pengundian diteruskan Sabtu ini selepas mahkamah menolak rayuan seorang pengundi dan bekas ahli Parlimen untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya yang dipengerusikan Hakim Azizah Nawawi berkata tiada merit dalam rayuan pengundi Pandan di Kuala Lumpur, Syed Iskandar Syed Jaafar dan bekas ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Azizah dan dua lagi panel, Hakim Che Ruzima Ghazali serta See Mee Chun, berkata, Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul apabila membatalkan saman yang difailkan pada 28 Oktober itu atas alasan tidak boleh diadili dan dipertikaikan di mahkamah.

“Budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk bersetuju dengan permohonan perdana menteri bagi membubarkan Parlimen tidak boleh dibawa ke mahkamah atas alasan ia tidak boleh diadili,” katanya, lapor FMT.

Menurutnya lagi, kedua-dua perayu memohon arahan berbangkit (sekiranya rayuan dibenarkan) namun SPR tidak boleh dikawal atau dihalang daripada melaksanakan tanggungjawabnya sesuai Perlembagaan Persekutuan.

“Ia tidak seiring dengan undang-undang kerana SPR mempunyai tanggungjawab Perlembagaan untuk menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Rakyat dibubarkan,” katanya.

Pada 28 Oktober lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Kamal Md Shahid menolak saman Syed Iskandar dan Santiago dengan alasan pembubaran Parlimen tidak boleh diadili dan tidak boleh ditentukan mahkamah.

Syed Iskandar yang juga seorang peguam memohon pengisytiharan permohonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong pada 9 Oktober lalu adalah tidak sah, terbatal dan tiada kuasa atau kesan.

Santiago pula memohon pengisytiharan permohonan Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen tidak mengikut Perlembagaan kerana ia dibuat tanpa persetujuan jemaah menteri.

Berita berkaitan
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok