Rayuan akhir Najib: Mahkamah patuhi prinsip keadilan, kata pakar

August 20, 2022 · Isu semasa

Mahkamah mempunyai kuasa mutlak untuk menolak permohonan peguam bela menarik diri daripada mewakili pelanggannya, selain memastikan prosiding – sama ada rayuan atau perbicaraan – diuruskan dengan adil dan saksama.

Pakar perundangan Kitson Foong berkata mahkamah mengguna pakai Aturan 64 Kaedah 2 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dalam menolak permohonan peguam bela untuk menarik diri.

Katanya, aturan itu memperuntukkan bahawa permohonan penarikan diri mestilah diusul dan disokong dengan afidavit yang menghuraikan sebab terperinci.

“Bagaimanapun, dalam mencapai keputusan menolak permohonan penarikan diri peguam bela, hakim perlu mengimbangi kepentingan mahkamah, pendakwaan dan perayu sendiri,” katanya menurut BH.

Kenyataan beliau sekali gus menolak dakwaan peguam Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa tidak menyedari bahawa peguam dalam kes jenayah memerlukan kebenaran daripada mahkamah untuk menarik diri daripada sebarang kes yang mereka kendalikan.

Zaid membuat kenyataan itu sebagai mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik, untuk menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam rayuan terakhir kes SRC International.

“Saya telah belajar banyak perkara sejak beberapa minggu lalu. Sebagai contoh, saya tidak tahu bahawa peguam dalam kes jenayah mesti mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk melepaskan diri mereka, yang saya percaya adalah undang-undang baharu yang mengejutkan,” ujar Zahid memetik laporan MalayMail.

Mengulas lanjut perkara sama, Foong berkata seorang peguam apabila menerima suatu kes diikat oleh Kaedah 6 (a) Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978 yang memperuntukkan penerimaannya haruslah dengan kepastian bahawa beliau dapat hadir mewakili anak guamnya pada tarikh pendengaran rayuan.

“Kebiasaannya peguam yang ingin menarik diri selepas perwakilannya direkodkan akan membuat permohonan penarikan diri secara lisan di mahkamah terbuka.

“Bagaimanapun, mahkamah boleh merizabkan haknya untuk meminta supaya peguam mendedahkan alasan penarikan diri sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Foong berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan penarikan diri dalam kes ini bererti perayu masih diwakili oleh peguam bela.

Katanya, dalam situasi kes itu, memandangkan perayu (Najib) melalui peguam belanya menyatakan hasrat untuk bergantung kepada hujahan bertulis yang difailkan oleh pembelaan terdahulu di Mahkamah Rayuan, maka Mahkamah Persekutuan tidak boleh dikatakan tidak memberi peluang kepada beliau untuk membentangkan kesnya.

“Justeru, tiada sebarang pelanggaran prinsip keadilan semula jadi di sini.

“Dengan adanya hujahan bertulis dan kehadiran peguam lantikannya, Mahkamah Persekutuan tidak boleh dikatakan gagal mematuhi prinsip keadilan semula jadi,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO perlu keluar daripada kerajaan campuran, gesa akar umbi
August 14, 2023· Politik
Saya tak lari, sudah maklum SPRM tarikh balik Malaysia : Menantu Muhyiddin
August 9, 2023· Politik
Tindakan gugur ketua pendakwa raya akan burukkan reputasi negara: Bersatu
August 8, 2023· Politik
Cara Anwar jawab soalan pelajar dibidas Bersatu, gesa minta maaf
August 6, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
3 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
3 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
4 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
4 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok