Rauf dilantik Exco Melaka, lapan muka baharu dalam kerajaan Sulaiman

November 26, 2021 · Isu semasa

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam barisan Kabinet kerajaan negeri Melaka yang baharu dibentuk bagi mengetuai portfolio Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri.

Rauf antara salah seorang daripada lapan muka baharu barisan Exco yang dilantik dibawah kerajaan diketuai Sulaiman, ia selepas kejayaannya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara baru-baru ini.

Sulaiman ketika mengumumkannya, berkata selain itu, muka baharu yang dilantik adalah ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar); ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani);

Turut dilantik, ADUN Gadek, VP Shanmugam (Exco Belia, Sukan dan NGO); ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin (Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan) serta ADUN Merlimau, Dr Akmal Saleh (Exco Kesihatan dan Antidadah);

ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin (Exco Pendidikan dan Teknologi) dan ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem (Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna).

Sulaiman berkata, beliau akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama, manakala ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis kekal menerajui portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.

Sementara ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman pula dilantik sebagai Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.

“Senarai Exco berkenaan dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Simpan Rahsia akan berlangsung petang ini,” katanya.

Beliau turut yakin barisan Exco berkenaan mampu menggalas tanggungjawab untuk membangunkan Melaka, sekali gus dapat menggerakkan usaha merealisasikan manifesto serta aku janji Barisan Nasional (BN) yang dibuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Berita berkaitan
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Tindakan akan diambil terhadap ADUN UMNO sertai program PN: Zahid
August 25, 2023· Politik
NGO serah bukti skandal seks Exco Melaka, gesa siasatan segera
May 10, 2023· Politik
NGO minta orang ramai bantu cari wanita dalam skandal seks, buat tawaran
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok