Ratusan sekolah daif perlu diperbaiki, kata Radzi Jidin

October 4, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan berharap Bajet 2023 yang bakal dibentangkan Jumaat ini (7 Oktober 2022) akan memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki ratusan sekolah daif.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata usaha itu adalah antara 11 inisiatif yang telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam peruntukan Bajet 2023.

“Jika boleh, kita mengharapkan ada dana untuk sekolah skala tujuh yang dikategorikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai tidak selamat diduduki,” katanya menurut Utusan.

Terdahulu, beliau hadir melakukan tinjauan mengejut di kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di sini dengan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof.

Beliau kemudian berpeluang menyantuni sebahagian murid ketika waktu rehat di sekolah satu sesi tersebut dan menyaksikan suasana kesesakan mereka beratur bagi membeli makanan.

Berdasarkan rekod kementerian tersebut, dianggarkan terdapat hampir 700 buah sekolah daif di seluruh negara dengan sebahagian besarnya terletak dalam kawasan pedalaman Sarawak.

Negeri berkenaan dikenal pasti mencatatkan sejumlah 351 buah sekolah daif dengan 107 premis daripada institusi pendidikan itu telah disahkan oleh pihak JKR sebagai berskala tujuh.

Sementara 244 buah lagi adalah skala enam iaitu memiliki bangunan tidak selamat dengan pengesahan teknikal daripada Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika Bajet 2022 telah pun memperuntukan RM52.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan.

Ia meliputi sebanyak 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan tahunan oleh Kerajaan Persekutuan dan kementerian tersebut sekali lagi menerima peruntukan terbesar.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, selain aspek prasarana pendidikan, segala inisiatif yang dikemukakan untuk Bajet 2023 turut merangkumi elemen pembangunan kluster murid dan guru.

“Bagi tenaga pendidik, kita berharap semua cikgu akan dapat peranti bagi menaik taraf proses pengajaran dan pembelajaran sejajar misi bagi mencapai transformasi pendigitalan,” katanya.

Usaha berterusan itu juga ujarnya, berdasarkan pengalaman dan iktibar ketika tempoh awal penularan wabak Covid-19 apabila pendidikan secara fizikal beralih kepada kaedah maya.

Pada masa sama, kementerian juga berharap ada peruntukan untuk penambahbaikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang agak kurang enrolmen pelajar.

Masalah itu katanya, perlu diatasi segera kerana jika tidak, Malaysia akan berdepan masalah kekurangan profesional dalam aliran tersebut sebagai modal insan pembangunan negara.

Usaha itu, jelas Radzi, termasuk bajet untuk 84 buah Kolej Vokasional di seluruh Malaysia bagi melahirkan puluhan ribu graduan yang berkemahiran tinggi untuk memasuki pasaran buruh.

Tidak ketinggalan isu Rancangan Makanan Tambahan yang ketika ini kadar hidangan seorang murid ditetapkan RM2.50 sejak 2016 sebagai amat rendah dan membebankan pengusaha kantin.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Kalah di Putrajaya, Ku Nan minta buat kiraan semula pula
November 19, 2022· Politik
Radzi Jidin kini akauntan bertauliah
November 14, 2022· Isu semasa
LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi sepenuhnya pagi ini.
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
24 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok