Rasuah urus jenazah: Tiga petugas hospital direman 5 hari

May 31, 2022 · Isu semasa

Tiga kakitangan kesihatan sebuah hospital di Selangor masing-masing direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah antara RM1,000 dan RM5,000 bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan dua pembantu kesihatan dan seorang penolong pegawai perubatan itu sehingga 4 Jun depan.

Ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 35 hingga 38 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Mereka dikatakan telah meminta dan menerima wang suapan daripada individu tertentu sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.

Menurut sumber, kesemua lelaki itu ditahan pada 6 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Pada 27 Mei lepas, dua pembantu kesihatan masing-masing berusia 40 dan 42 tahun direman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes sama. – Bernama

Berita berkaitan
Arahan keluar RM1 juta tak ikut prosedur, kata saksi kes Syed Saddiq
5 jam lalu· Isu semasa
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
23 jam lalu· Politik
Pesuruhjaya Kehakiman larang pihak luar buat kenyataan kes rasuah Syed Saddiq
July 4, 2022· Isu semasa
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
32 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
55 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok