Rasuah: Hakim tolak 3 perenggan kenyataan SUA Zahid, tak relevan

September 21, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima sebahagian besar kenyataan saksi bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perbicaraan rasuah Presiden UMNO itu melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun berkata mahkamah membenarkan bantahan pihak pendakwaan terhadap tiga perenggan iaitu baris terakhir dalam perenggan 17 dan 22 serta keseluruhan perenggan 18 dikeluarkan daripada keterangan saksi Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican, yang merupakan saksi pembelaan kedua.

Pernyataan itu dikatakan menyentuh mengenai isu kredibiliti bekas Setiausaha Eksekutif Zahid, iaitu Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, dipadamkan daripada dokumen berkenaan.

Pernyataan saksi Fadzlette yang juga bekas setiausaha akhbar dan saksi pembelaan kedua bagi pihak Zahid keseluruhannya mengandungi 34 perenggan. Dia kini memegang jawatan sebagai Pengarah Media Presiden UMNO.

Sequerah dalam keputusannya berkata, selain daripada tiga perenggan yang dipadamkan itu, beliau mendapati perenggan lain adalah berkaitan fakta secara langsung kepada isu yang membentuk teras kes pembelaan Zahid.

“Saya dapati soalan selebihnya, (perenggan) 16 hingga 30 (kenyataan saksi) berkaitan fakta secara langsung dalam isu yang menjadi teras kes pembelaan dan oleh itu, bukanlah perkara sampingan di bawah Seksyen 153 Keterangan. Akta 1950.

“Berhubung perenggan 16 dan 17, saya bersetuju dengan pembelaan bahawa perkara yang terkandung adalah pengenalan naratif bagaimana saksi pembelaan (Fadzlette) mengenali saksi ke-90 pendakwaan, Mazlina,” katanya.

Pada 19 September lalu, pihak pendakwaan membantah sebahagian kenyataan saksi oleh Fadzlette atas alasan ia tidak relevan dan tidak boleh diterima.

Fadzlette memberi keterangan pembelaan Zahid di mana bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa menyeleweng RM31 juta dana YAB.

Zahid bersama pasukan guamannya sebahagian besarnya menyalahkan Mazlina kerana menggunakan dana amal itu untuk antara lain membayar bil kad kredit Zahid dan isterinya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, yang turut menjadi saksi pembelaannya, menegaskan bahawa Mazlina telah bertindak atas kerelaan dirinya untuk menggunakan dana kebajikan ini bagi membuat pembayaran.

Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.

Bagi pertuduhan pecah amanah Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadi dan polisi insurans serta lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Berita berkaitan
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
2 jam lalu· Politik
Sokongan Melayu kepada UMNO jatuh teruk sejak Najib masuk penjara: Rafizi
10 jam lalu· Politik
Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..
12 jam lalu· Politik
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
October 1, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
3 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
3 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
1 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok