Rasuah 20 tahun lalu: Bekas pembantu menteri dipenjara dua tahun

June 20, 2022 · Isu semasa

Bekas pembantu khas kepada seorang menteri menjalani hukuman penjara dua tahun mulai hari ini, selepas gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman kerana melakukan rasuah berhubung permohonan permit bas daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), 20 tahun lepas.

Ini berikutan keputusan tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang sebulat suara menolak rayuan dikemukakan Eswadi Abd Rahim, 50, selaku perayu terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada 21 Disember 2017.

Hanipah, yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Seri Mariana Yahya berkata tiada sebab untuk mahkamah mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen terhadap perayu (Eswadi).

Eswadi yang diikat jamin merupakan ahli perniagaan, pernah menjawat jawatan sebagai pembantu khas kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bagi pertuduhan pertama, Eswadi didakwa meminta memasukkan nama bapanya, Abdul Rahim Ismail sebagai Pengarah Syarikat Azamat Hati Sdn Bhd bagi memohon permit bas daripada LPKP di No 276, Taman Medan Bercham, di Ipoh, pada Disember 2002.

Dia juga didakwa menerima suapan sebanyak RM6,000 yang dimasukkan melalui akaunnya di Bank Bumiputra Commerce cawangan Jalan Sultan Idris Shah sebagai dorongan untuk membantu Chin Ah Lek bagi mendapatkan permit bas syarikat Azamat daripada LPKP pada 17 Jan 2003.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 10 (A) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Pada 25 Mac 2015, Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 bagi pertuduhan pertama manakala penjara dua tahun dan denda RM30,000 untuk pertuduhan kedua dan memerintahkan Eswadi menjalani hukuman penjara 12 bulan, jika dia gagal membayar denda itu.

Mahkamah itu turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Mahkamah Tinggi Ipoh kemudian mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah manakala peguam Datuk Shaharudin Ali mewakili Eswadi. – Bernama

Berita berkaitan
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
10 jam lalu· Politik
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
July 1, 2022· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok