Rapat, jarak saf solat bukan saja-saja ditetapkan, kata menteri agama

January 9, 2022 · Isu semasa

Saf untuk solat sama ada dirapatkan atau dijarakkan dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara sekarang ini bukan sengaja diputuskan.

Sebaliknya keputusan itu dibuat pihak berkuasa negeri selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Beliau mengulas langkah beberapa negeri, termasuk Perlis yang kembali merapatkan saf solat di masjid dan surau, sementara Johor pula memendekkan jarak yang ditetapkan menerusi prosedur operasi standard (SOP).

Semalam, Perlis mula merapatkan semula saf solat dengan mematuhi SOP ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), tetapi pelaksanaannya berdasarkan ukuran sejadah jemaah bersaiz ‘standard’ yang dirapatkan.

Difahamkan, jemaah masih dinasihatkan membawa sejadah masing-masing ke masjid atau surau. Kelonggaran pelaksanaan solat dengan saf dirapatkan berdasarkan sejadah diperkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Manakala di Johor pula, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan pengurangan penjarakan fizikal dalam saf solat jemaah serta aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid dan surau dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat.

Solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dibenarkan didirikan dengan pengurangan jarak fizikal daripada satu meter kepada setengah meter di antara jemaah. Berita berkaitan

Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan sememangnya berhasrat untuk merapatkan kembali saf solat berjemaah di negara ini, namun akur dan menghormati keputusan bidang kuasa negeri.

“Memang kita nak rapatkan saf tapi keputusan yang dibuat ketika ini dibuat berdasarkan pandangan orang agama, ulama, KKM dan sebagainya.

“Kemudiannya, kita kena rujuk kepada bidang kuasa agama negeri dan jika rapat saf dibenarkan KKM sekali pun, ia bergantung kepada keputusan kerajaan negeri dan kena hormatlah.

“Di Arab Saudi pun, mereka terpaksa jarak semula saf solat, jadi pasti ada sebab tertentu. Insya-Allah, kita akan bincang semula perkara itu dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris menegaskan akan membuat satu pertemuan rasmi dengan pengendali dan bakal jemaah umrah susulan tindakan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah ke Arab Saudi selama sebulan berkuat kuasa semalam.

Katanya, biarpun pelaksanaan ibadah umrah itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), pihaknya mengalu-alukan pertemuan itu bagi membincangkan mengenai masalah yang berbangkit ketika ini.

Berita berkaitan
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023· Isu semasa
Solat Aidilfitri: Umat Islam Perlis disaran pakai pelitup muka
April 18, 2023· Isu semasa
ADUN DAP kaitkan arak dengan solat biadab, tapi UMNO takut tegur
January 11, 2023· Politik
Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik solat sunat hajat
August 12, 2022· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok