Ramai terkejut dapat tahu miliki wang tidak dituntut

July 24, 2022 · Isu semasa

Seorang pengunjung terkejut dimaklumkan memiliki wang yang tidak dituntut berjumlah RM12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) yang disediakan sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Menurut Ketua Unit WTD Jabatan Akauntan Negara Kelantan Nur Anis Sahibudin, senario itu antara ‘kisah’ menarik sepanjang dua hari kaunter tersebut beroperasi sejak Jumaat, lapor Bernama.

“Setakat semalam, sudah 1,273 orang datang membuat pemeriksaan di kaunter ini. Rata-rata kelihatan terkejut kerana tidak tahu memiliki wang yang tidak dituntut.

“Kaunter pemeriksaan yang disediakan ini secara tidak langsung peluang serta kesedaran selain memudahkan pengunjung membuat pemeriksaan sekiranya mereka ada wang yang tidak dituntut, hanya beri kad pengenalan petugas akan membantu membuat pemeriksaan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Nur Anis berkata selain di kaunter, orang ramai juga boleh membuat semakan WTD menerusi portal eGUMIS.

Seorang pengunjung Mohamad Amsyari Mohamad Suhaimi, 40, berkata beliau mengetahui mengenai wang yang tidak dituntut namun tiada masa untuk membuat pemeriksaan.

“Saya periksa tadi ada wang tidak dituntut di dalam sebuah bank berjumlah lebih RM500, mungkin baki tu dari sewaktu zaman belajar dulu…lama sangat memang tak ingat langsung.

“Baguslah ada perkhidmatan sebegini di program Jelajah AKM Kelantan,” katanya.

Jelajah AKM Kelantan yang bermula Jumaat akan berakhir hari ini.

Berita berkaitan
Semua urusan percukaian LHDN secara janji temu bermula 1 Julai
June 30, 2021· Isu semasa
PKP lanjutan: KWSP batal janji temu online
June 13, 2021· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
17 minit lalu · Isu semasa
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
33 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
45 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
52 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok