Ramai Menteri bercuti sudah pulang, PM enggan sebut nama

December 26, 2021 · Isu semasa

Selepas arahan dikeluarkan supaya semua Menteri yang sedang bercuti pulang segera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ramai Menteri Kabinetnya sudah pulang namun enggan mendedahkan nama setiap individu tersebut.

Perdana Menteri berkata selepas arahan diberikan supaya pulang bagi membantu kerajaan yang sedang berdepan bencana banjir, semua Menteri yang sedang bercuti nampaknya sudah pulang ke tanahair dan berusaha mendapatkan tiket pulang lebih awal.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata mereka perlu menjalani kuarantin wajib sebelum dibenarkan keluar melawat kawasan bencana itu kerana perlu mematuhi perintah kuarantin bagi memastikan mereka bebas jangkitan Covid-19.

“Ramai menteri sudah balik. Saya tidak mahu menyebut nama, namun mereka sudah ke luar negara lebih awal sebelum banjir berlaku.

“Yang belum bercuti, mereka sudah membatalkan perancangan itu. Saya juga ada merancang untuk menunaikan umrah pada 1 Januari depan, namun saya sudah membatalkannya dan tidak jadi pergi.

“Apabila arahan untuk pulang dikeluarkan, mereka segera kembali ke Malaysia tetapi perlu menjalani kuarantin di rumah dahulu.

“Ada mereka minta mahu keluar, semalam (untuk melawat kawasan banjir), namun saya tidak benarkan dan meminta mereka tunggu kerana jika bawa penyakit nanti susah pula,” katanya hari ini.

Ismail Sabri terdahulu mengadakan sidang media di Masjid Al-Muttaqin hari ini.

Pada 24 Disember lalu, Ismail Sabri mengarahkan semua Menteri Kabinet diarahkan pulang segera ke tanahair dan membatalkan percutian mereka jika berada di luar negara.

Arahan tersebut diberikan supaya semua Menteri dalam pentadbirannya dapat membantu rakyat yang sedang berdepan bencana banjir besar melanda negara dan sudah mengakibatkan banyak kematian ketika ini.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.

“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya sebelum ini.

Gesaan Ismail Sabri itu tampil selepas kematian mangsa akibat banjir yang memusnahkan bandar-bandar utama di Lembah Klang dan negeri-negeri lain semakin meningkat.

Pemimpin politik sama ada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima kecaman awam susulan kegagalan menggerakkan usaha pemindahan dan menyelamat di Selangor yang paling terjejas akibat banjir yang berlaku.

Hujan lebat sejak hujung minggu lalu menyebabkan sebahagian besar Shah Alam, Klang, dan Hulu Langat ditenggelami air.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan ramalan luruan monsun bakal berlaku selepas perayaan Krismas di mana ia boleh menyebabkan hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak dalam tempoh 28 hingga 30 Disember ini.

Luruan monsun pada 27 hingga 30 Disember itu adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

MetMalaysia turut memaklumkan angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan itu turut termasuk kawasan perairan pantai timur semenanjung pada 26 hingga 30 Disember.

“Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.”

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok