Ramai balik kampung macam sambut hari raya

November 18, 2022 · Isu semasa

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Sabtu ini, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan hak demokrasi masing-masing.

Menurut laporan, lebuh raya utama seluruh negara menyaksikan pertambahan kenderaan hampir sama seperti musim perayaan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran sesak dikesan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala utara di beberapa kawasan terutamanya dari Slim River ke Sungkai sepanjang 7.4 kilometer (km) dan Tapah ke Gopeng sepanjang 6.4km.

Kesesakan turut berlaku di Senai ke Kulai, Bukit Lanjan ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Rawang dan Bidor ke Tapah, katanya.

“Sementara itu, di Senai ke Skudai pula sebuah kemalangan dilaporkan berlaku di KM20.6 menyebabkan kesesakan sepanjang 5.5km walaupun tiada lorong yang terhalang.

“Kemalangan dari Bandar Ainsdale ke Nilai yang berlaku lewat petang tadi telah selesai dan trafik kembali lancar,” katanya menurut laporan Bernama.

Menurutnya, trafik di PLUS arah selatan pula perlahan di beberapa kawasan antaranya di Sedenak ke Kulai dan Putra Mahkota ke Nilai ekoran kemalangan membabitkan tiga kenderaan.

“Sedikit kesesakan turut dikesan di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) menghala masuk Malaysia iaitu di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dihubungi berkata kesesakan trafik signifikan berlaku dari Gombak ke Bukit Tinggi sepanjang 14.6km, Kuantan ke Lentang (4.5km) dan Lentang ke Bentong (2.8km)

Bilangan kenderaan masuk ke lebuh raya utama seluruh negara dijangka akan bertambah mulai tengah malam ini susulan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya sempena PRU15 bermula 12.01 tengah malam 18 Nov sehingga jam 11.59 malam 19 Nov.

Berita berkaitan
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Sahih dilantik Pengerusi Mara, kata Zahid sahkan lantikan Asyraf kalah PRU
March 12, 2023· Politik
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok