[RALAT] Bukan Ketua Polis Daerah, isteri dituduh eksploitasi amah hingga cedera

September 8, 2022 · Isu semasa

Tertuduh sebenar, Vijiyan Rao, 38, dan isterinya yang juga seorang peniaga membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozianayati Ahmad, menurut Bernama.

Mereka didakwa dengan niat bersama melakukan perbuatan itu terhadap Zailis, 46, di sebuah rumah di Taman Industri Bolton, Gombak antara Mac dan 30 Ogos lepas.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 13 (a) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau pemenjaraan tidak kurang dari lima tahun, dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul’ Ain Abu Bakar memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun pasangan itu yang diwakili peguam A Narainasami memohon jaminan yang rendah dengan alasan mereka menanggung dua anak yang masih kecil.

Rozianayati kemudian membenarkan mereka diikat jamin masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Berita asal Bernama.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022· Politik
Adakah Syed Saddiq akan tarik diri selepas keputusan kes mahkamah?
October 28, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
57 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
24 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok