#Rakyatgagal kini sohor di Twitter

May 29, 2021 · Isu semasa

Gara-gara kecewa akan perilaku rakyat Malaysia yang disifatkan memandang enteng tahap keselamatan kesihatan negara kerana melakukan pergerakan besar-besaran, pengguna Twitter hari ini mewujudkan tanda pagar #RakyatGagal.

Tanda pagar itu bermula awal pagi tadi semakin sohor dan sejak 6.20 petang, sejumlah lebih 13,000 ciapan menggunakan tanda pagar itu.

Perkembangan itu hadir susulan tindakan segelintir rakyat hari ini yang ‘bersesak-sesak’di lebuh raya utama negara bagi mengambil peluang pulang ke kampung susulan penguatkuasaan ‘total lockdown’ menjelang 1 Jun ini.

“Tidak mengejutkan mereka ini orang yang sama yang salahkan kerajaan gagal dan golongan kayangan, tak kata mereka ini bagus tapi rakyat pun sama sahaja menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19,” kata pengguna akaun Twitter @Choco Alisya.

Agenda Daily pagi tadi melaporkan aliran trafik bergerak perlahan dan sesak di beberapa lebuh raya utama negara, berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi trafik mulai sesak sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak arah Timur.

Sementara menurut pengguna Twitter @Henry Law Junwei berkata, “Akhirnya #RakyatGagal sohor kini, tetapi hanya terpakai kepada mereka yang tidak mahu mengambil pengajaran dan tiada kesedaran tentang peningkatan kes Covid-19, saya tiada perkataan untuk mengambarkan tentang ini,” ciapnya.

Dalam pada itu menurut @Pelabur bijak ketika merujuk gambar kesesakan itu dengan sinis berkata “Nak lari ke mana tu, bawa Covid-19 jumpa mak ayah,” ciapnya.

Hari ini kes Covid-19 meningkat mendadak apabila ia mencatatkan 9,020 kes baharu, tertinggi pernah direkodkan. Begitu juga dengan kematian sebanyak 93 kes adalah yang tertinggi.

Tidak mengejutkanlah pengguna Twitter meluahkan rasa kesal dan amarah dengan perilaku segelintir rakyat dalam hal ini.

Dalam pada itu berang dengan perilaku rakyat yang asyik menyalahkan kerajaan dalam isu peningkatan kes Covid-19, pengguna Twitter @Noct berkata ‘salah diri sendiri, jangan asyik salahkan kerajaan’.

“Tak hairanlah kes Covid-19 naik tinggi, tapi asyik salahkan kerajaan,” marahnya yang merujuk kepada gambar kesesakan orang ramai di jalan raya hari ini.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 13 Jun 2021, susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
2 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
4 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
1 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok