Rakyat tiada bekalan, tapi ayam Malaysia bertelur untuk eksport?

January 20, 2023 · Isu semasa

Menteri kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang bercakap mengenai isu telur ayam sepatutnya memberi penjelasan sebenar jumlah pengeluaran telur tempatan dan berapa pula yang dieksport, khususnya ke Singapura.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut mempersoalkan kenyataan bahawa kekurangan bekalan telur ayam masih berlaku di seluruh negara disebabkan ayam belum bertelur.

Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh yang menjangkakan bekalan akan pulih dalam tempoh dua bulan lagi apabila ayam penelur baka baharu itu mula bertelur.

“Kita tidak boleh hendak paksa dia (ayam) bertelur terlalu cepat, jadi enam bulan itu sudah hampir dihujung, dalam satu dua bulan lagi,” katanya Fauziah semalam.

Mengulas perkara itu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata sekiranya ayam Malaysia tidak bertelur, dari mana pula datangnya telur ayam yang banyak dieksport ke Singapura.

“Saya nak tanya, kalau ayam Malaysia belum bertelur, mana pula datangnya telur ayam yang berbondong-bondong dieksport ke Singapura? Saya harap tak ada Menteri-Menteri PH-BN yang tidak kompeten ini nanti jawab bahawa “by right” kita tak boleh paksa ayam Malaysia bertelur untuk pasaran domestik sebab ayam-ayam ini lebih suka pasaran eksport.

“Sebelum jadi kerajaan bukan main sembang pandai semua perkara, tapi rupanya semuanya tin kosong seperti boss mereka juga.

“Saya mendesak menteri jelaskan kepada rakyat berapa jumlah sebenar eksport telur Malaysia sekarang ini? Sebab sehingga kini kita belum pernah dengar bekalan telur eksport bermasalah. Kenapa eksport boleh tapi bekalan domestik tak selesai?,” katanya dalam kenyataan hari ini (20 Januari 2023).

Pada masa sama, Wan Saiful menggesa kerajaan PH-BN menjelaskan jumlah keseluruhan pengeluaran telur oleh lima syarikat pengeluar telur terbesar tempatan iaitu QL Resources Berhad; LTKM Berhad; CCK Consolidated Holdings Berhad; Lay Hong Berhad; dan Teo Seng Capital Berhad.

Mengikut Perangkaan Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kadar pengeluaran telur negara pada tahun 2021 adalah 13,955,240,660 bilion biji telur. Ini hampir 14 bilion biji. Satu jumlah yang besar.

Menurut Wan Saiful jika mengambil kira penggunaan telur oleh rakyat Malaysia berjumlah 30 juta sehari atau 930 juta sebulan seperti diberitahu KPDN, jumlahnya hanya 11.16 bilion biji telur.

“Maksudnya, kalau pengeluaran 14 bilion biji tapi penggunaan hanya 11.16 bilion biji, maka seharusnya bekalan kita cukup, bukan kurang,” katanya.

Berita berkaitan
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
18 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
18 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok