Rakyat Perlis telah pilih kepimpinan yang mereka percaya: Raja Muda

March 14, 2023 · Isu semasa

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu telah memberi satu kejutan kepada negara, apabila Perlis kini berubah tampuk pentadbiran kepada Perikatan Nasional (PN).

Sambil mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baharu kerajaan negeri di bawah PN, baginda berharap semua wakil rakyat berganding bahu melaksanakan tanggungjawab membangunkan Perlis sebagaimana kepercayaan diberikan rakyat kepada mereka.

“Beta berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa berganding bahu bersama menteri besar untuk membangunkan negeri dan meneruskan kelangsungan pembangunan yang telah dirancang.

“Seperti semua sedia maklum, pilihan raya yang telah lalu telah memberi kejutan kepada negara. Kerajaan negeri buat pertama kalinya telah berubah tampuk kepimpinan kepada Perikatan Nasional yang memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri

“Ini secara tidak langsung menunjukkan kuasa rakyat dalam memilih kepimpinan yang dipercayai mereka. Justeru, beta berharap agar mandat yang diberikan oleh rakyat ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

“Jadilah pemimpin yang sentiasa mendengar keluh kesah rakyat. Bantulah mereka bagi meringankan beban yang ditanggung kerana itulah tanggungjawab seseorang pemimpin,” titah baginda ketika merasmikan Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN negeri di Kangar, hari ini (14 Mac 2023).

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada masa sama, Tuanku Syed Faizuddin juga menasihatkan supaya mengelak perbuatan yang kononnya menampakkan kecaknaan sedangkan kedengaran suara rakyat masih memerlukan bantuan dan sokongan.

“Sentiasa sematkan di dalam diri untuk menjadi pemimpin yang beretika, berintegriti, berani serta berwawasan dalam menggerakkan perubahan pembangunan negeri.

“Saya yakin pucuk pimpinan baru ini mampu menggalas amanah selaras dengan aspirasi Perlis baharu yang mampu memberi perubahan positif kepada negeri dan memperkasakan kehidupan rakyat, insya-Allah,” titah baginda lagi.

Berita berkaitan
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Sokongan kepada PN akan bertambah walaupun terus ditekan: Takiyuddin
March 11, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok