Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful

March 23, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyuarakan kebimbangan kebebasan bersuara di bawah kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang semakin terkongkong apabila hak rakyat untuk menyatakan sesuatu cuba disekat.

Menurutnya ada aktivis yang memperjuangkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar tidak mendapat kerjasama media milik kerajaan bagi menyiarkan kenyataannya.

“Saya bimbang kongkongan kerajaan sekarang terhadap kebebesan rakyat bersuara,” katanya ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Digital di Dewan Rakyat, hari ini (23 Mac 2023).

Wan Saiful berbeza pendapat dengan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang sebelum itu melabelkan RTM sebagai ketinggalan zaman.

Menurutnya, RTM telah melaksanakan tugas sebaik mungkin dan tidak ketinggalan zaman seperti digambarkan Ahli Parlimen PH.

Beliau juga mengimbaukan kejayaan kerajaan sebelum ini mengangkat persembahan nasyid dengan menganjurkan anugerah khas.

“Saya sarankan kerajaan memberi peruntukan untuk membolehkan anugerah nasyid antarabangsa dianjur bagi memartabatkan industri tersebut ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) berkata, Malaysia kehilangan lima bulan pembangunan infrastruktur 5G memandangkan kerajaan baharu hendak menyediakan kertas Kabinet pada akhir Mac ini.

Katanya, sehingga sekarang kerajaan belum menyediakan data yang lengkap berkaitan perkembangan 5G di negara ini, biarpun sudah lama diuar-uarkan.

Berita berkaitan
PRN: Sedikit lagi belum selesai, kata PKR
May 13, 2023· Politik
DAP abang besar, BN-PH makin celaru, kata Sanusi
May 3, 2023· Politik
Mansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda
March 28, 2023· Rencana
Kumpulan mahasiswa UM desak mansuh AUKU, gesa PH tunai janji
February 27, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
8 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok