Rakyat lebih bersatu, berdisiplin semasa berdepan Covid-19

October 2, 2021 · Isu semasa

Disebalik krisis kesihatan Covid-19, rakyat kelihatan lebih bersatu serta berdisiplin dalam menghadapi musuh yang sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dari segi ekonomi, ramai yang dahulunya berniaga secara tradisional termasuk orang kampung telah beralih kepada kaedah terkini, secara dalam talian yang semakin popular sekarang.

“Pandemik ini kita dapat mendisplinkan ramai kerana amat sukar untuk menyekat orang daripada keluar dari rumah berbulan-bulan, namun disebabkan COVID-19, ia boleh dilakukan,” katanya lapor Bernama.

Ismail Sabri diwawancara bersama editor kanan media baru-baru ini.

Beliau berkata ketika ini tidak ada orang yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan lambat laun amalan ini akan menjadi satu budaya baharu bagi ramai dalam penjagaan kesihatan diri.

“Bila berjalan-jalan sebagai contoh, jika ada yang tidak memakai pelitup muka kita akan tegur supaya dia pakai … mungkin kerana kita ambil berat tentang dia atau kerana kita mahu elak daripada jangkitan. Kita menjadi lebih prihatin” katanya.

Disebabkan perancangan teliti kerajaan, Ismail Sabri menjangkakan menjelang Disember semua sektor dapat dibuka semula dan rakyat kembali gembira dengan kes penularan COVID-19 serta angka kematian akibat virus itu terus menurun.

“Siapa sangka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang dahulu kita tidak tahu bila boleh dibuka semula kini di fasa pemulihan ketiga. Lembah Klang inilah nadi ekonomi, 70 peratus tertumpu di sini dan sekarang sudah dibuka dan ini lah perasaan gembira yang dirasai semua,” katanya.

Beliau berkata keputusan untuk membenarkan rentas negeri semula apabila tahap vaksinasi golongan dewasa mencapai 90 peratus amat mengembirakan semua kerana ramai yang sudah tidak pulang ke kampung untuk menziarahi keluarga.

Berita berkaitan
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022· Politik
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,083 kes semalam, 12 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
12 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok