Rakyat gusar apabila Omicron tular

February 13, 2022 · Isu semasa

Varian Omicron menjadi jangkitan utama serata dunia, dengan sebilangan negara Asia menghadapi kenaikan jangkitan Covid-19. Ini termasuk Malaysia, India, Australia, dan Filipina yang melaporkan kenaikan jangkitan hari demi hari.

Kes di Arab Saudi juga meningkat, menyebabkan kebimbangan masyarakat Islam serata dunia yang mahu menunaikan ibadah umrah.

Malah, mereka juga amat berharap jangkitan Covid-19 di negara itu dapat dikurangkan dan dikawal, agar ibadah haji tahun ini dapat menerima lebih ramai jemaah, setelah dua tahun ibadah haji dibataskan.

Pada masa sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa meskipun gejala varian Omicron lebih ‘ringan’ berbanding Delta, “ia mampu menyebabkan kemunculan varian baru yang lebih bahaya”.

“Semakin banyak Omicron menular, semakin besar kemungkinan ia akan melahirkan varian baru,” kata pegawai kecemasan kanan WHO, Dr Catherine Smallwood.

Beliau berkata, memang pada peringkat individu, mungkin terdapat penurunan risiko kemasukan ke hospital dengan varian Omicron berbanding Delta.

Namun secara keseluruhannya, Omicron boleh menimbulkan ancaman lebih besar kerana bilangan kes yang lebih banyak, memandangkan ia lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta.

Di Asia, kenaikan besar sekali lagi jangkitan Covid-19 menjadi berita utama.

Penyelidik bebas berkata kes jangkitan Omicron meningkat dua kali lebih pantas daripada gelombang jangkitan pada lewat tahun lalu yang disebabkan varian Delta.

Mereka berkata kadar jangkitan -yang mengukur seberapa cepat virus merebak atau menurun telah mencecah angka empat daripada kurang daripada satu hanya dua minggu lalu.

Di Arab Saudi pula, kes harian Covid-19 telah melepasi angka 3,000 buat kali pertama sejak Julai 2020, setelah mencatat kes di bawah 100 sejak beberapa bulan lalu.

Kenaikan itu mendorong kerajaan menggesa orang ramai mematuhi protokol kesihatan dan mengambil suntikan dos penggalak.

Lebih seminggu lalu, Arab Saudi melaksanakan semula langkah penjarakan sosial di Masjidil Haram di Kota Suci Makkah.

Pekerja juga telah meletakkan semula tanda lantai yang menunjukkan orang ramai bagi mematuhi jarak sosial, yang telah ditarik balik pada 17 Oktober lalu.

Sementara itu, negara seperti Malaysia dan Thailand telah memberi amaran kepada rakyat masing-masing bahawa gelombang jangkitan baru akan berlaku didorong virus Omicron yang lebih mudah berjangkit.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata walaupun ada yang berkata Omicron kurang serius berbanding Delta, Omicron telah terbukti sebagai lebih mudah berjangkit daripada Delta.

Demi mencegah penularan Omicron yang lebih parah, Thailand pula telah menggantung skim bebas kuarantin bagi pengembara yang memasuki negara itu.

Kadar keseriusan dan kadar kemasukan ke hospital bagi Omicron adalah lebih rendah lebih-lebih lagi jika seseorang itu telah mendapat suntikan vaksin.

Tambahan, terdapat data menunjukkan kedua-dua rawatan antivirus Covid-19 Merck dan Pfizer berkesan terhadap varian Omicron.

Namun ini tidak harus mengurangkan tahap berhati-hati dan kesediaan semua pihak dalam menghadapi Omicron.

Bilangan kes varian tersebut yang diramal lebih tinggi boleh memberi tekanan kepada sistem kesihatan, ekonomi dan sosial.

Diharapkan menjelang pertengahan 2022, varian Omicron tidak akan mengganas di merata dunia dan Asia, seperti mana varian Delta mengganas pada 2021.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
7 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
18 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok