Rakyat bimbang pelancong China bawa Covid ke Malaysia: Laporan

January 2, 2023 · Isu semasa

Orang awam mula tidak ‘senang duduk’ susulan pengumuman Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) yang menjangkakan sejuta pelancong China akan tiba di negara ini, menyusul laporan mengatakan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di negara itu.

Mereka rata-rata menyifatkan saringan dan kuarantin sahaja adalah tidak praktikal selain bimbang kemunculan gelombang dan varian baharu Covid-19 di sini.

Media sebelum ini melaporkan kes Covid-19 di China mencetuskan kebimbangan dunia termasuk Malaysia, apatah lagi China yang kini memilih ‘hidup bersama Covid’ turut dijangka membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini.

Untuk rekod, varian baharu Omicron BA.5.2 dan varian BF.7 dilaporkan merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di China.

Kedua-dua varian itu dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China.

Beberapa negara termasuk, Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia seperti Jepun, Korea Selatan, serta Taiwan mula mengetatkan peraturan terhadap pelancong dari China berikutan lonjakan kes jangkitan Covid-19 selepas negara Tembok Besar itu melonggarkan dasar sifar wabak itu.

Memetik Harian Metro, pekerja kerajaan, Mohd Dzakhiruddin Abdullah, 51, berkata, jangkaan ketibaan pelancong dalam jumlah yang banyak dari China menggusarkan rakyat sekiranya tiada perincian menyeluruh dari pihak kerajaan.

“Malaysia pun baru sahaja dalam fasa endemik dan kebanyakan penduduk masih serik dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan jadi kedatangan pelancong dari Cina ini membuat kebanyakan rakyat gusar.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi ketibaan pelancong perlu diperincikan lagi selain mewajibkan pelancongan yang tiba untuk menjalani kuarantin dan saringan demam.

“Bagi saya selain kuarantin dan saringan, pelancong juga perlu melakukan saringan kendiri sepanjang berada di Malaysia supaya mereka tahu status diri masing-masing bagi mengelak penularan Covid-19 berlaku,” katanya.

Sementara itu Noriza, 38, berkata kerajaan perlu mengetatkan lagi SOP penjarakan sosial terutama sekali di kawasan tumpuan pelancong.

“Memang kita di fasa endemik sekarang tetapi dengan jangkaan ketibaan pelancong yang banyak tahun depan, mungkin boleh implementasikan semula penjarakan sosial ini bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

“Namun bagi saya, seeloknya tangguh dahulu dan elak pelancong dari China dari memasuki tanah air kerana ia boleh memudaratkan pelbagai pihak,” katanya.

Pelajar, Hidayah Abd Aziz, 24, bagaimanapun percaya bahawa kuarantin pelancong yang tiba adalah cukup bagi mengesan sama ada mereka mempunyai Covid-19 ataupun tidak.

“Saya rasa dua minggu kuarantin sudah memadai dan tanggungan untuk segala perbelanjaan membabitkan Covid-19 haruslah daripada tanggungan pelancong itu sendiri dan bukan kerajaan.

“Tetapi kalau terlampau banyak kes akan datang nanti, mungkin perlu lakukan sekatan sehingga situasi menjadi lebih tenang,” katanya.

Berita berkaitan
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Menteri sambut pelancong dari China gesa petugas imigresen ditambah di KLIA
January 24, 2023· Isu semasa
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
Popular
PM lantik anak jadi penasihat kanan
January 29, 2023
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
January 29, 2023
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
January 29, 2023
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
6 jam lalu · Isu semasa
PM lantik anak jadi penasihat kanan
10 jam lalu · Isu semasa
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
11 jam lalu · Isu semasa
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok