Rakyat berpeluang saksi fenomena Super Full Moon esok

July 12, 2022 · Isu semasa

Rakyat negara ini sekali lagi akan berpeluang menyaksikan fenomena Super Full Moon atau kedudukan bulan paling hampir ke bumi pada jam 5.09 petang esok.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), menerusi portal rasmi, hari ini, memaklumkan fenomena itu terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi atau disebut sebagai perigee dengan jarak adalah 357,263 kilometer (km), lapor Bernama.

“Bulan beredar mengelilingi bumi dalam orbit dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549. Oleh itu, purata jarak bulan dari bumi (pusat ke pusat) adalah berbeza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (perigee) adalah 363,396 kilometer (km) dan jarak purata paling jauh (disebut sebagai apogee) adalah 405,504 km.

“Semasa Super Full Moon, bulan penuh boleh kelihatan sehingga tujuh peratus lebih besar daripada bulan penuh biasa, dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada ‘Micromoon’,” katanya.

Fenomena Super Full Moon telah berlaku pada 14 Jun lalu dan imej berjaya dirakam sistem Teleskop Observatori Negara Langkawi.

Berita berkaitan
Filipina digegar gempa bumi magnitud 6
March 7, 2023· Dunia
Serpihan roket milik China lintas ruang udara negara
July 31, 2022· Isu semasa
Gerhana bulan penuh perigee dapat dilihat waktu Maghrib Rabu ini
May 24, 2021· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok