Rakan wanita disyaki terlibat dalam kes bunuh suami ditahan

July 16, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan melibatkan seorang wanita yang disyaki memukul suaminya hingga mati di Flat Nipah, Taman Daya di Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata buruh berumur 52 tahun yang juga rakan wanita itu ditahan di kawasan Majidee di sini pada pukul 10 malam tadi, dan ujian saringan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, lapor Bernama.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati motif pembunuhan dipercayai kedua-dua individu itu berada di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki yang didapati mempunyai lima rekod jenayah lampau, dua daripadanya berkaitan kes dadah itu, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Pagi tadi seorang wanita berumur 36 tahun yang bekerja sendiri direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan suaminya yang berumur 44 tahun, yang ditemukan maut dipercayai akibat diserang menggunakan objek tumpul kira-kira pukul 7.50 pagi semalam.

Raub sebelum ini dilaporkan berkata wanita berkenaan didapati berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan ujian saringan yang mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok