Rakaman audio tular: Wisma Putra serah kepada polis jalankan siasatan

April 15, 2022 · Isu semasa

Wisma Putra mengesahkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri telah memanggil individu yang disyaki membuat rakaman yang mengandungi tuduhan tidak berasas terhadap Kementerian Luar baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata individu itu telah membuat pengakuan sepenuhnya bahawa rakaman suara itu dibuat olehnya sendiri sebelum menyampaikan kepada kepada seorang ‘Datin’.

“Individu yang bergelar “Datin” itu merupakan seorang pegawai kepada bekas Menteri Luar Negeri sebelum pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan ataupun Kerajaan Perikatan Nasional,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra berkata memandangkan laporan telah dibuat, maka siasatan jawatankuasanya akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya.

Pada 12 April lalu, Wisma Putra berkata siasatan dalaman dibuat berhubung audio berdurasi 2.15 saat tular di media sosial.

Audio itu berkenaan mesej seorang lelaki kepada seorang ‘Datin’ yang dipercayai menyatakan permasalahan dalaman kementerian itu.

Ia dipercayai merujuk isu dua diplomat tertinggi ‘direhatkan’ susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, yang tidak diurus dengan sempurna.

Sebelum ini, Wisma Putra memaklumkan bahawa langkah memanggil pulang duta besar Malaysia ke UAE dan konsul jeneral di Dubai adalah disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Ismail Sabri ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Dua pegawai kanan terbabit gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan perdana menteri seperti yang sepatutnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi lawatan peringkat tertinggi negara di luar negara terutama semasa ketibaan perdana menteri di Dubai pada 29 Mac.

Kegagalan itu termasuk menyebabkan perdana menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh imigresen Dubai selain tiadanya liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk perdana menteri seperti amalan SOP.

Berita berkaitan
MP pembangkang cadang RTM tayang filem bersejarah Anwar: The Untold Story
May 24, 2023· Politik
Surat tender tular, Nik Nazmi buat laporan polis
May 20, 2023· Politik
Presiden UMNO kata tidak tahu surat RoS tular
March 8, 2023· Politik
Silibus pendidikan ada kitaran, ini bukan silibus ‘Radzi Jidin’
October 18, 2022· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok