Rakam gambar polis lakukan serbuan satu kesalahan jenayah

August 1, 2022 · Isu semasa

Merakam gambar dan video atau menstrimkan pegawai polis semasa mereka melakukan serbuan atau tangkapan di tempat awam boleh menjadi satu kesalahan jenayah, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Parlimen, hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (PH-Kepong) Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas atau di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Untuk makluman anda, mengambil gambar atau video bukanlah satu kesalahan jenayah. Bagaimanapun, ia boleh menjadi satu kesalahan apabila orang ramai merakam video atau membuat siaran langsung menggunakan telefon bimbit ketika anggota polis menyerbu atau menangkap orang awam semasa polis menjalankan tugas di tempat awam.

“Mereka yang merekodkannya boleh didakwa kerana ia dianggap menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan boleh mengganggu siasatan. Ia juga bercanggah dengan peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memulakan penularan dengan niat untuk mengganggu yang lain,” katanya dalam jawapan itu.

Lim juga bertanya atas alasan apa polis diberi kuasa untuk meminta dan memeriksa telefon bimbit individu.

Hamzah menjawab bahawa polis boleh meminta atau merampas dan berhak untuk memeriksa telefon bimbit orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan dan bukan orang awam secara rambang.

Katanya pemeriksaan telefon bimbit hanya dijalankan apabila individu disyaki melakukan kesalahan jenayah di bawah peruntukan undang-undang seperti berikut:

a) Kanun Keseksaan [Akta 574];

b) Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];

c) Akta Hasutan 1948 [Akta 15];

d) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747];

e) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]; atau

f) Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769],” katanya.

Hamzah turut menjawab bajet perolehan kamera pakai badan untuk kegunaan anggota polis telah diluluskan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“Perolehan ini masih dalam penelitian Bahagian Perolehan KDN dan beberapa isu perlu dan sedang diselesaikan bahagian itu bersama-sama polis,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan mengaku tak bersalah ubah wang haram RM2.04 juta
20 jam lalu· Isu semasa
Polis tahan wanita dera anak saudara sehingga mati
24 jam lalu· Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
August 16, 2022· Isu semasa
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
August 9, 2022· Isu semasa
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit, saham dibuka rendah
9 minit lalu · Isu semasa
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
1 jam lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok