Raja-Raja Melayu bincang pelantikan PM Kesembilan, isu negara hari ini

August 20, 2021 · Isu semasa

Tumpuan massa hari ini terarah ke Istana Negara apabila Raja-Raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu semasa negara, khususnya berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijadual bermula jam 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menurut Bernama.

Tumpuan dijangka terarah kepada perbincangan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.

Semalam, sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong berlangsung secara berperingkat membabitkan 114 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Ahli Parlimen Bebas.

Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya setakat semalam tidak menerima panggilan menghadap Agong.

Pada sesi menghadap itu, Yang di-Pertuan Agong mendengar sendiri Ahli Parlimen yang secara bergilir-gilir menyembah maklum secara lisan sokongan kepada calon Perdana Menteri, dan mengesahkan akuan bersumpah (SD) menamakan seorang calon Perdana Menteri yang dihantar ke Istana Negara Rabu lepas.

Berdasarkan kenyataan parti-parti utama dan Ahli Parlimen sehingga semalam, nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan calon Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin, manakala PH kekal mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini menitahkan Perdana Menteri yang dilantik perlu mengemukakan segera usul undi percaya di Dewan Rakyat secepat mungkin bagi menentukan keabsahan jawatan beliau.

Seri Paduka juga mengingatkan ketua dan wakil parti-parti politik yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan pihak yang tidak berjaya dan bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan suasana.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
10 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
10 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok