Raja Perlis, rakyat tunai solat Aidilfitri di perkarangan istana

May 13, 2021 · Isu semasa

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri dalam suasana norma baharu yang diadakan di kawasan lapang perkarangan Istana Arau, hari ini.

Baginda berdua bersama masyarakat dalam kariah Arau menunaikan solat dengan diimamkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor manakala khutbah dibacakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bermula jam 8 pagi.

Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di kawasan tanah lapang selaras dengan ketetapan Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua MAIPs dalam satu kenyataannya semalam yang menyatakan bahawa solat sunat Aidilfitri di negeri itu kekal dijalankan di tanah lapang.

Memetik laporan Berita Harian, pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di tanah lapang termasuk di perkarangan masjid adalah tertakluk kepada ketetapan Jawatankuasa Kariah Masjid di seluruh negeri Perlis.

Sementara itu, Mohd Asri berkata, solat di tempat lapang terutama pada musim wabak sedang melanda ada kelebihannya.

“Solat di tempat lapang pada musim wabak ada kelebihannya seperti risiko penularan jangkitan dapat dikurangkan kerana ia dilakukan bukan di tempat yang tertutup.

“Kita buat dengan mengambil kira SOP dan sebagainya kerana tidak ada larangan untuk rakyat tidak boleh keluar, rakyat sebenarnya masih boleh keluar cuma kita letak di tempat lapang.

“Alhamdulilah, seluruh negeri Perlis dengan pelaksanaan SOP lebih ketat iaitu kita nak elak masuk ke dalam masjid secara bersesak-sesak dan tertutup,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Tiga rumah terbuka di negeri PN anjuran kerajaan pusat: PMO
April 28, 2023· Politik
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
5 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
5 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok