Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun

May 29, 2023 · Isu semasa

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai pengerusi kumpulan berkuat kuasa 1 Jun, 2023 bagi menggantikan Tun Arifin Zakaria yang bersara pada 6 Mei, 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, PNB berkata Raja Arshad ialah Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd, Icon Offshore Bhd dan Bumi Armada Bhd.

Beliau merupakan bekas Pengarah Maxis Bhd dan Khazanah Nasional Bhd, menurut laporan Bernama.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia dan Pengerusi Pasukan Kepimpinan PwC Asia 7.

“Semasa krisis kewangan Asia 1997, Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi Danamodal Nasional Berhad, salah satu daripada tiga syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menguruskan krisis,” kata PNB, salah satu syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Ahmad Zulqarnain Onn berkata lembaga pengarah dan warga PNB mengalu-alukan Raja Arshad ke lembaga pengarah dengan pengalaman luasnya dalam pengawasan syarikat dan institusi.

“Kami menantikan kepimpinan beliau seiring pelaksanaan pelan strategik PNB dan memenuhi mandat kami dalam meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Raja Arshad ialah Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW). Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), berkhidmat dalam majlisnya selama 24 tahun, tiga daripadanya adalah sebagai presiden.

Berita berkaitan
Fahmi puji lantikan Chun Wai sebagai Pengerusi Bernama baharu
September 12, 2023· Isu semasa
Bersatu lantik Sanjeevan sebagai Ketua Penerangan Sayap Bersekutu baharu
July 21, 2023· Politik
Bekas MP PKR dilantik Pengerusi baharu Bioeconomy Corp
July 14, 2023· Isu semasa
Kes rasuah solar: Rosmah fail rayuan cabar pelantikan pendakwa utama
July 5, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
7 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok