Rais syor gantung keahlian MP ada kes mahkamah, tak boleh pegang jawatan

September 12, 2021 · Isu semasa

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan keahlian Ahli Parlimen (MP) yang berdepan pendakwaan di mahkamah digantung sementara menunggu kes mereka selesai – suatu langkah ke arah melaksanakan transformasi Parlimen yang sudah berusia 62 tahun sebagaimana yang dikehendaki kerajaan sekarang.

Pada masa sama, beliau juga berkata individu yang mempunyai kes mahkamah juga jika dicalonkan memegang sesuatu jawatan di Parlimen sepatutnya tidak menerima tawaran itu kerana mereka tertakluk kepada ruang lingkup kehakiman.

Veteran politik itu membuat cadangan demikian ketika menjadi tetamu Ruang Bicara Bernama TV bertajuk Transformasi Parlimen 62 Tahun: Antara Kenal Huruf atau Celik Politik? malam tadi yang dihoskan Serkawi Jirim. Turut menjadi tetamu perbincangan adalah Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Menjawab soalan apa perbezaan antara kod etika bagi anggota pentadbiran dan MP sedia ada dengan kod etika yang bakal dicadangkan, Rais berkata:

“Ia sangat berkaitan dengan transformasi yang disebutkan… apabila seseorang itu misalnya… kata lah dihadapkan di mahkamah … beliau sudah didakwa tapi belum berbicara lagi.

“Sementara itu beliau dicalonkan memegang sesuatu jawatan kata lah di Parlimen.. kalau mengikut norma, amalan yang ada pada perkhidmatan awam, beliau tidak seharusnya menerima tawaran itu… sebab beliau tertakluk kepada bidang cakup kehakiman.. yang mana mungkin didapati bersalah kemudian atau pun sebaliknya.

“Kalau seseorang perkhidmat awam… beliau digantung dulu jawatannya di bawah peraturan am.. malangnya di bawah Parlimen tidak ada.. dan mereka selalu berkata di bawah Perkara 48 ceraian 1 (e) mereka bebas untuk berkhidmat kecuali didapati bersalah di mahkamah dengan denda tidak kurang dari RM2,000 dan penjara setahun,” katanya.

Untuk rekod isu panas yang diperkatakan sekarang ialah pencalonan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Parlimen pada sidang yang akan bermula Isnin ini.

Ahmad yang digolongkan dalam ‘Kluster Mahkamah’ kini sedang berdepan pendakwaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib kepada LHDN dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu beberapa MP termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut berdepan pertuduhan jenayah di mahkamah. Malah Najib sendiri telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman 12 tahun penjara serta denda.

Mengulas lebih lanjut, Rais berkata berbeza dengan penjawat awam dari Ketua Setiausaha Negara hingga ke peringkat pegawai bawahan jika dihadapkan ke mahkamah maka jawatan dan tugas mereka terhenti sementara.

Katanya dari segi undang-undang ianya sangat mengejutkan kerana Perkara 8 Perlembagaan Malaysia menyatakan semua rakyat adalah sama taraf.

“Jadi akan menarik sekali kalau kes ini dibawa ke mahkamah untuk dijadikan adjudication kepada penghakiman.

“Sabit dengan itu jugalah maka kita berasa sampai lah masanya bagi Parlimen untuk menentukan sesiapa yang telah didakwa di mahkamah apatah lagi telah didapati bersalah maka ahlinya di Parlimen harus digantung.

“Sekarang tidak ada (peraturan sedemikian). Inilah sebesar-besar saya fikir pandangan yang harus dikemukakan supaya betul-betul negara kita tahu apabila menyebut rule of law … orang sebut kita pun sebut tapi tidak mengamalkannya …. keunggulan undang-undang ini dalam Rukun Negara pun ada… tapi bak kata orang terlajak pergi terlanda pulang tidak ada pihak yang menentukannya.

“Kami di Parlimen terasa… tertakluk kepada Perdana Menteri supaya hal ini kita letakkan sebagai etika tetap dalam Parlimen … apabila kena hukuman seseorang… waima rayuan sedang dijalan maka terhentilah dahulu keahliannya di dalam Dewan Rakyat atau di Dewan Negara sehingga diputus kesnya.

“Tapi ada pula sikit lagi… kalau rayuannya makan masa setahun lebih, pilihan raya juga mungkin berlaku … ini barang kali Perdana Menteri pun berfikir juga lah untuk masa depan negara kita,” katanya.

Selain itu, Rais berkata sudah tiba masanya MP, Senator dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikenakan kod etika yang dikanunkan bagi menjaga tingkah laku dan adab mereka ketika bersidang.

“Kod etika amat perlu dikenakan terhadap Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri dan ia harus mempunyai kekuatan perundangan… sekarang kita tidak ada.. yang ada ialah kod etika anggota pentadbiran iaitu bagi Kabinet.. itu pun tak diikut sangat sebab tidak dikanunkan di bawah peruntukan rang undang-undang atau pun di bawah skop Parlimen yang diwajibkan.

“Jadi sangat menarik dan sangat penting saya rasa kanun ini dijadikan satu instrumen khas bagi dikenakan kepada setiap yang menjadi ahli yang berhormat… hari pertama dia melangkah ke Parlimen ke DUN… dikenakan syarat ini.

“Dan ini kita perlu melihat kembali senarainya… bercakap bohong di Parlimen misalnya, menggunakan bahasa kasar atau pun mencarut atau mengenakan sesuatu imbasan bahasa yang boleh mengaibkan kehakiman, Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya,” katanya.

Rais berkata penggubalan Kod Etika itu berupaya untuk membentuk persepsi positif masyarakat terhadap semua MP seterusnya mengembalikan kewibawaan Parlimen sebagai institusi perundangan utama.

“Kita melihat kelakuan mereka beberapa bulan lepas menunjukkan mereka sudah lupa cara bertutur, menyampaikan idea dan cara untuk menegaskan sesuatu secara baik. Kita tak perlu mencarut, menggunakan bahasa kasar atau merendahkan status kita sebagai Ahli Parlimen.

“Kami di Parlimen, iaitu saya dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun akan cuba menguatkuasakan beberapa peruntukan Peraturan Mesyuarat secara tegas,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok