Rafizi sedia ‘tembak’ Najib lagi

March 27, 2022 · Isu semasa

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan terus ‘memerangi’ dan menyanggah ‘formula ekonomi songsang’ yang diketengahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya Najib hanya sekadar mahu memperbodohkan rakyat Malaysia dengan idea-idea sedemikian sedangkan tujuan sebenarnya ialah untuk menyelamatkan diri sendiri.

“Najib akan terus begitu. Dia peduli apa akan jadi… sebab dia nak selamat diri. Dia tak nak masuk penjara. Bila dia tak nak masuk penjara, dia buatlah apa yang sepatutnya…

“Dia bukan peduli pun. Apa nak jadi dengan wang pencen rakyat. Apa nak jadi dengan segala yang ada… dia tak peduli langsung. Dia hanya fikir, dia nak lepas (dari penjara),” katanya pada pelancaran program Ayuh Malaysia yang disiarkan dalam Facebook, malam tadi.

Berita berkaitan: Jangan terpedaya idea ekonomi songsang Najib, kata Rafizi Ramli 

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau akan terus menyerang Najib kerana cuba memperbodohkan orang ramai.

“Najib tak tidur malam dah sebab dia tahu memang saya minggu depan akan tembak dia… sekarang ni (Najib) panik dah seminggu. Orang kata kenapalah kamu sibuk sangat dengan Najib semua ni…

“Bukan apa dia membodohkan orang. Orang yang cuba memperbodohkan orang memang kena tembak. Jadi hal Najib tu memang kita akan selesaikan,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi sekembalinya dalam dunia politik tanah air terus menyanggah saranan Najib supaya kerajaan menyelamatkan Sapura Energy daripada diisytihar muflis.

Beliau menyifatkan cadangan Najib supaya kerajaan melalui Petronas menyelamatkan Sapura Energy Berhad yang kini berdepan risiko muflis, adalah perbuatan membelanjakan wang rakyat dengan mudah.

Menurutnya rakyat memiliki institusi seperti Petronas atau Khazanah Nasional, tetapi Najib mendakwa kerajaan akan rugi besar jika Sapura tidak diselamatkan, termasuk kerugian kepada pemegang Amanah Saham Bumiputera sebanyak RM4 bilion, kerugian kepada Maybank (RM10 bilion) dan 10,000 akan hilang kerja.

“Rekod pentadbiran UMNO, Barisan Nasional, terutamanya semasa Najib menjadi Perdana Menteri, menunjukkan skandal-skandal besar pembaziran wang negara berlaku apabila parti itu merasakan mereka kuat dan tidak tercabar,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok